Kemboja Benarkan Semula Warga Asing Dari 6 Negara Ini Datang Tetapi Bersyarat

Sebelum ini kerajaan Kemboja telah meletakkan larangan kepada pelawat dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat. Namun, larangan terbabit telah ditarik balik menurut agensi berita Vietnam (VNA) pada Rabu lepas.

Walaupun larangan ini telah ditarik balik, warga asing yang ingin melawat ke Kemboja memerlukan sijil yang mengesahkan mereka tidak mengidap dan dijangkiti wabak COVID-19 dalam tempoh 72 jam serta bukti insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.

Mereka perlu menjalani saringan Covid-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.

Menurut Menteri Kesihatannya, Mam Bunheng, kerajaan Kemboja akan membuka semula semua muzium pada Jun ini selepas lebih sebulan negara terbabit tidak melaporkan kes jangkitan baharu COVID-19.

Keputusan untuk membuka semula muzium turut dipersetujui Perdana Menteri, Hun Sen.

Walaupun dilihat sudah bebas daripada COVID-19, beliau menasihatkan langkah pencegahan tetap perlu diambil ini termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.

Untuk info, pesakit terakhir Covid-19 yang diizinkan keluar dari hospital ialah pada 16 Mei, menjadikan Kemboja negara yang bebas COVID-19 sejak itu.

Sumber: Sinar Harian