fbpx

Dah Separuh Jalan Baru Dapat Info Lapangan Terbang Ditutup, Pesawat Komersial Ini Berpatah Balik

Ahmad Suhael

Kelakar pun ada bila mendengar berita begini. Seakan dibuat main. Tetapi kejadian ini benar-benar berlaku pada Sabtu yang lepas di musim krisis wabak pandemik COVID-19.

Kejadian ini berlaku kepada syarikat penerbangan tambang rendah Jerman Eurowings ketika melakukan penerbangan dari Düsseldorf ke Sardinia, Itali namun terpaksa berpatah balik ke tempat asalnya kerana Lapangan Terbang Olbia masih ditutup.

Berita tentang penutupan Lapangan Terbang Olbia kepada pesawat komersial dimaklumkan ketika penerbangan EW9844 itu telah pun terbang sejauh 730 batu (1,170km) daripada Düsseldorf.

Pesawat Airbus A320 walau bagaimanapun cuba untuk mendapat keizinan mendarat dengan berkeliaran di udara namun tidak dibenarkan sebelum terpaksa juga berpatah balik.

Menurut laporan akhbar Itali Corriere Della Sera, pesawat terbabit dicadangkan untuk ke Cagliari sekitar 120 batu jauhnya, tetapi kru penerbangan memilih untuk mengurangkan kerugiannya dengan kembali ke Düsseldorf sahaja.

Menurut CNN Travel, Jurucakap Eurowings memberitahu maklumat yang yang diperolah sering berubah dalam waktu yang singkat ketika waktu krisis wabak COVID-19 ini.

Ini yang berlaku kepada penerbangan terbabit di mana Kementerian Infrastruktur dan Pengangkutan Itali membuka semula lapangan terbang pada hari Ahad, 17 Mei, tetapi keputusan itu ditolak pada hari yang sama di peringkat wilayah, lapor blog penerbangan One Mile At A Time.

Lapangan Terbang Olbia Costa Smeralda kini ditutup sehingga sekurang-kurangnya 2 Jun 2020.

Penerbangan terbabit dianggap sebagai lawatan bersiar-siar selama empat jam sepuluh minit di ruang udara Eropah bagi 2 penumpang pesawat A320 terbabit. Walau bagaimanapun, tiket mereka sudah pun dapat digantikan semula.

Sumber: CNN Travel

Next Post

Australia Dijangka Benarkan Perjalanan Ke New Zealand Berbanding Daerahnya

Rakyat Australia boleh bergerak merentas Australia ke New Zealand tetapi tidak boleh merentas daerah. Itulah hakikatnya seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani. Merentas daerah di dalam Australia masih dilarang susulan beberapa pemimpin daerah enggan membuka semula sempadan akibat wabak COVID-19. Namun, perjalanan daripada Australia ke New Zealand dijangka akan berlaku […]
Dah Separuh Jalan Baru Dapat Info Lapangan Terbang Ditutup, Pesawat Komersial Ini Berpatah Balik 2