fbpx

Baru Dibuka Kini Taman Titiwangsa Ditutup Semula Untuk Orang Ramai

Ahmad Suhael

Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyenaraikan beberapa taman yang dibuka sejurus pengumuman kelonggaran dibuat oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin.

Namun selepas ianya dibuka pada 4 Mei lalu ianya ditutup kembali pada 28 Mei lepas selepas taman tersebut merekodkan kehadiran pengunjung yang ramai. Melihat pada notis yang ditampal, belum ada lagi tarikh bilakah taman tersebut bakal dibuka kembali.

Baru Dibuka Kini Taman Titiwangsa Ditutup Semula Untuk Orang Ramai 1
Foto via Facebook DBKL
Baru Dibuka Kini Taman Titiwangsa Ditutup Semula Untuk Orang Ramai 2
Foto via Facebook DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan langkah itu diambil bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di taman awam terbabit. Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar keliling taman.

Penutupan tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi.

Keputusan penutupan itu dicapai selepas pemantauan didapati pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh pengunjung sangat rendah dan tidak memuaskan.

Sementara itu, 15 taman awam lain yang masih dibuka akan dipantau oleh DBKL sejauh mana pengunjung patuh kepada SOP ditetapkan. Kemungkinan penutupan di taman awam lain juga boleh berlaku sekiranya pengunjung gagal untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 5 Mei lalu, beberapa aktiviti luar mula dibenarkan antaranya joging sendirian di taman awam kerana ianya tersenarai di dalam aktiviti yang dibenarkan.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

[Video] Kejadian Puting Beliung Kecil Di Perlis Dirakam

Puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai atau pun dikenali sebagai Belalai Air yang muncul di pantai Kuala Perlis petang hari ini sempat dirakam netizen dan tular di laman sosial Twitter. Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, Mohd Saharudi Saad, kejadian hujan lebat, langkisau, kejadian kepala air, […]
Baru Dibuka Kini Taman Titiwangsa Ditutup Semula Untuk Orang Ramai 4