fbpx

Pulau Pinang Cadang ‘Travel Bubble’. Ini Yang Perlu Anda Tahu Apa Maksudnya

Ahmad Suhael

Krisis wabak pandemik yang masih belum reda ini sangat memberi kesan kepada sektor pelancongan khususnya. Banyak hotel terpaksa ditutup gara-gara rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melancong ditambah lagi dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada majikan malah pekerja di dalam industri yang sama. Terbaru syarikat Genting Malaysia Bhd dijangka bakal membuang pekerjanya kerana terkesan dengan krisis ini.

Namun sejak beberapa minggu ini, beberapa negara seperti Kemboja Australia, New Zealand, Iceland dan Swirzerland bakal melonggarkan peraturan sekatan sempadan negara mereka demi merancakkan semula ekonomi dan sumber pendapatan daripada pelancongan.

Jepun dan Pulau Sicily pula merangka strategi dengan menyediakan dana yang besar untuk memberi subsidikan kepada pelancong bagi menarik minat pelancong luar datang ke negara mereka.

Di Malaysia pula, kerajaan Pulau Pinang bercadang melaksanakan pendekatan ‘travel bubble’ seperti yang dicadangkan Australia dan New Zealand.

Travel bubble ialah satu cadangan untuk memulakan semula perjalanan dan industri pelancongan di antara negeri-negeri yang diisytihar zon hijau untuk membantu pemulihan sektor pelancongan sambil menyesuaikan dengan normal baharu.

Kerajaan Pulau Pinang yang sementara ini sedang mengamalkan Strategi Pemulihan Berperingkat mencadangkan konsep itu sebaik sahaja kerajaan Persekutuan menarik semula larangan perjalanan rentas negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata konsep itu mungkin menjadi penyelesaian berdaya maju untuk memulakannya, berbanding membuka semua sempadan secara serentak dan membangkitkan risiko penularan semula.

Tambah beliau lagi pendekatan secara beransur-ansur dan berperingkat akan membolehkan zon perjalanan selamat antara zon hijau dan membuka semula ekonomi untuk sektor pelancongan. Beliau turut mencadangkan Pulau Pinang sebagai negeri pemula sebelum berkembang ke negeri lain.

Sumber: Astro Awani

Next Post

Pantai Di Paris Dibuka Untuk Orang Awam Tetapi Kena Buat Tempahan Ruang Dulu

Walaupun negara-negara di Eropah seperti Perancis dan Itali menjadi antara negara tertinggi direkodkan dijangkiti wabak COVID-19, angka tersebut tidak menghalang negara terbabit untuk membuka semula ekonomi dan melonggarkan perintah kawalan pergerakan untuk rakyatnya. Sebagai contoh Itali kelonggaran yang dibuat telah pun membenarkan servis gondola Venice beroperasi namun dengan amalan perjarakan […]
Pulau Pinang Cadang 'Travel Bubble'. Ini Yang Perlu Anda Tahu Apa Maksudnya 2