fbpx

[Video] Kejadian Puting Beliung Kecil Di Perlis Dirakam

Ahmad Suhael

Puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai atau pun dikenali sebagai Belalai Air yang muncul di pantai Kuala Perlis petang hari ini sempat dirakam netizen dan tular di laman sosial Twitter.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, Mohd Saharudi Saad, kejadian hujan lebat, langkisau, kejadian kepala air, hujan batu dan kejadian belalai air adalah fenomena yang terhasil daripada awan Kumulonimbus (Cb).

Lazimnya peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya yang berlaku pada Mei akan menyebabkan fenomena garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.

“Lazimnya, corak cuaca akan sering menunjukkan kejadian ribut petir khususnya pada sebelah lewat petang dan malam”

– Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, Mohd Saharudi Saad

Beliau turut menasihat agar mereka yang sering turun ke laut untuk berhati-hati sekiranya berlaku fenomena sebegini di pantai kerana ianya ianya bahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber: myMetro

Next Post

Pulau Pinang Cadang 'Travel Bubble'. Ini Yang Perlu Anda Tahu Apa Maksudnya

Krisis wabak pandemik yang masih belum reda ini sangat memberi kesan kepada sektor pelancongan khususnya. Banyak hotel terpaksa ditutup gara-gara rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melancong ditambah lagi dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada majikan malah pekerja di dalam industri yang sama. Terbaru […]
[Video] Kejadian Puting Beliung Kecil Di Perlis Dirakam 2