fbpx

Pantai Di Paris Dibuka Untuk Orang Awam Tetapi Kena Buat Tempahan Ruang Dulu

Ahmad Suhael

Walaupun negara-negara di Eropah seperti Perancis dan Itali menjadi antara negara tertinggi direkodkan dijangkiti wabak COVID-19, angka tersebut tidak menghalang negara terbabit untuk membuka semula ekonomi dan melonggarkan perintah kawalan pergerakan untuk rakyatnya.

Sebagai contoh Itali kelonggaran yang dibuat telah pun membenarkan servis gondola Venice beroperasi namun dengan amalan perjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sanitasi.

Di Perancis pula, pantai di La Grande-Motte yang popular dengan aktiviti berjemur dibuka namun dengan peraturan baru semasa musim COVID-19 ini demi memastikan perjarakan sosial dikekalkan di kawasan pantai terbabit.

Peraturan baru tersebut hanya membenarkan pengunjung berjemur pada zon atau slot dan ruang yang ditetapkan yang dibahagikan dan dipisahkan oleh tali. Buat masa ini hanya 66 slot disediakan di pantai terbabit.

Pengunjung boleh menempah slot ini untuk 3 jam pada dua waktu iaitu antara jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari atau 2 petang hingga 5.30 petang.

Pantai Di Paris Dibuka Untuk Orang Awam Tetapi Kena Buat Tempahan Ruang Dulu 1
(Picture: Getty Images Europe)
Pantai Di Paris Dibuka Untuk Orang Awam Tetapi Kena Buat Tempahan Ruang Dulu 2
(Picture: Getty Images Europe)

Menurut laporan Metro, kesemuanya slot telah habis ditempah dalam tempoh dua jam sahaja selepas tawaran dibuka.

Aktiviti berenang pula dibenarkan tetapi sistem sehala telah disediakan bagi minimumkan kontak antara pengunjung. Selain itu, zon ruangan untuk yang datang berkumpulan juga disediakan untuk dua, empat dan enam orang sahaja.

Peraturan lain yang ditetapkan ialah haiwan peliharaan tidak dibenarkan, dilarang merokok di kawasan pantai dan pengunjung hanya dibenarkan mendengar muzik melalui headphones sendiri.

Idea untuk melaksanakan peraturan ini diilhamkan dari negara Sepanyol dan ianya masih dalam tempoh pemerhatian sehingga 2 Jun untuk melihat keberkesanannya.

Sumber: Metro

Next Post

Taman Tema Dibuka Tetapi Naik Roller Coaster Tak Boleh Jerit, Kena Jaga Jarak

Rata-rata negara sudah mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan di negara masing-masing. Di Malaysia majoriti kawasan sudah pun diistiharkan zon hijau dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanankan. Di Jepun pula, taman tema pula bakal dibuka dengan melaksanakan peraturan baru di dalam krisis wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ini. […]
Pantai Di Paris Dibuka Untuk Orang Awam Tetapi Kena Buat Tempahan Ruang Dulu 4