Taman Tema Dibuka Tetapi Naik Roller Coaster Tak Boleh Jerit, Kena Jaga Jarak

Rata-rata negara sudah mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan di negara masing-masing. Di Malaysia majoriti kawasan sudah pun diistiharkan zon hijau dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanankan.

Di Jepun pula, taman tema pula bakal dibuka dengan melaksanakan peraturan baru di dalam krisis wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ini.

Antara peraturan baru itu ialah:

  1. Dilarang menjerit ketika menaiki roller coarster
  2. Mesti pakai pelitup muka
  3. Hantu perlu jaga jarak sosial dengan mangsa di dalam rumah hantu.
  4. Dilarang melakukan ‘high five’ ataupun bersalaman dengan adiwira kegemaran anda.
  5. Permainan realiti maya juga tidak boleh dibuka kecuali peralatannya disanitasi sepenuhnya.

Peraturan dan panduan itu dikeluarkan setelah mendapat kesepatakan daripada sekumpulan pengendali taman tema dalam usaha beroperasi dengan selamat meskipun ancaman virus masih ada.

“Panduan ini mungkin tidak akan membuatkan jangkitan menjadi sifar tapi sekurangnya, ia boleh mengurangkan risiko jangkitan,”

– kata seorang pengendali taman tema.

Walau bagaimanapun, taman tema besar di Jepun seperti Tokyo Disneyland dan Universal Studios Japan masih ditutup dan belum lagi ada pengumuman tarikh bila ianya bakal dibuka semula.

Sumber: Astro Awani