Asap Keluar Dari Kabin, Pesawat MASwings Terpaksa Berpatah Balik

PESAWAT MASwings yang membawa 29 Penumpang yang dalam penerbangan dari Miri ke Labuan terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah.

Pesawat ATR 72-500 itu mengalami masalah sehingga mengeluarkan asap dari kabin pesawat sebelum kejadian itu dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Susulan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikejarkan ke Lapangan Terbang Miri.

“Bomba menerima panggilan memaklumkan terdapat asap keluar dari kabin pesawat yang ketika itu baru berlepas ke Labuan”

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Miri telah mengesahkan tiada kebakaran berlaku pada pesawat berkenaan setelah ianya mendarat manakala penumpang semuanya selamat.

Kejadian itu masih dalam siasatan lanjut oleh Bomba Lapangan Terbang dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Sumber: Harian Metro