Terengganu Bakal Benarkan Lebih Banyak Masjid Tunai Solat Jumaat

Perlaksanaan solat jumaat di lebih banyak mashid akan diusulkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Ketika ini hanya lapan masjid di setiap daerah hanya dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat di Terengganu dengan dihadkan kepad 40 orang berbanding di negeri lain yang menetapkan 12 jemaah sahaja.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah walaubagaimanapun berkata prosedur operasi standard (SOP) bagaimana perlaksanaannya masih diperhalusi dengan Pejabat Mufti Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan beberapa jabatan berkaitan lain.

SOP yang dilaksanakan sekarang amat penting untuk mengelakkan umat Islam akan berpusu-pusu ke masjid memandangkan sudah agak lama mereka tidak menunaikan solat jumaat di masjid.

“Peringkat kedua ini akan diberi ruang kepada lebih banyak masjid dengan mendahulukan masjid mukim dengan bilangan lebih 100 masjid di seluruh Terengganu”

Selain itu, Mohd Nor Hamzah berkata jabatannya juga akan mempertimbangkan untuk membenarkan solat jemaah untuk setiap waktu solat fardhu di masjid dan surau di negeri berkenaan.

Perlaksanaannya juga dirancang secara berperingkat selepas wabak COVID-19 ini pulih sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro