Masjid Nabawi Mula Dibuka Secara Berperingkat Dengan SOP Baru

Setelah sekian lama ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-1, Arab Saudi membuka semula Masjid Nabawi di Madinah pada 1 Jun lepas namun secara berperingkat.

Menurut laporan Arab News, jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam masjid untuk menunaikan waktu subuh buat pertama kali selepas penutupan masjid itu selama lebih dua bulan.

Walaupun telah dibuka kepada umum, beberapa peraturan dan SOP baru perlu dipatuhi oleh jemaah. Antaranya ialah:

Related Post
  1. Sejadah dibawa sendiri.
  2. Perlu memakai topeng muka.
  3. Perlu mengamalkan penjarakan sosial.
  4. Membaca al-quran daripada telefon pintar masing-masing.
  5. Mereka yang di bawah 15 tahun dilarang menunaikan solat di masjid.
  6. Elak berjabat tangan.

Bilangan jemaah walau bagaimanapun hanya terhad sehingga 40 peratus untuk satu-satu masa menurut laporan Saudi Gazette.

Dalam perkembangan lain, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis juga dibuka kepada para jemaah bermula waktu solat Subuh pada hari ini manakala Masjidil Haram masih ditutup sehingga diberitahu kelak.

Sumber: Harian Metro

This website uses cookies.