Jepun Mungkin Hanya Membenarkan Kemasukan 4 Negara Ini Sahaja

Melihat kepada perkembangan COVID-19 yang semakin menurun di beberapa buah negara, kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan kemasukan warga asing ke negara terbabit.

Menurut sumber KYODO News, negara yang dijangka menjadi pilihan Jepun adalah Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Ini kerana penularan wabak COVID-19 di negara-negara itu dilihat semakin pulih dan mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun.

Kelonggaran kemasukan kepada pelawat dari negara terbabit walau bagaimanapun memerlukan penelitian dan rundingan mengenai syarat-syarat dan perjanjian sebelum ianya dikatakan bakal dilaksanakan pada musim panas ini.

Sebelum ini Jepun mengenakan larangan masuk terhadap 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, sebahagian besar negara Asia dan seluruh Eropah, berkuat kuasa sehingga akhir Jun.

Negara-negara yang terpilih dalam pertimbangan ini adalah antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya.

Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini media antarabangsa berkongsi kerajaan Jepun dalam cadangan meluluskan sejumlah besar dana untuk meransangkan semula ekonomi pelancongan mereka dengan memberi subsidi kepada pelancong.

Sumber: BERNAMA