fbpx

Pengecualian Dikuaratin Untuk Rakyat Semenanjung Datang Ke Sabah Tetapi Bersyarat

Ahmad Suhael

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri telah bersetuju mengecualikan mereka yang datang dari semenanjung daripada dikuarantinkan.

Namun begitu, sesiapa yang dibenarkan ke Sabah perlulah mendapatkan surat pengesahan telah diuji negatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tiga hari sebelum memasuki Sabah.

Ini termasuk kemasukan daripada pengangkutan melalui udara, darat dan laut, kata Ketua Menteri terbabit.

Tambah beliau lagi kebenaran masuk diberikan kepada semua penjawat awam, pekerja sektor swasta dan rakyat Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Rakyat Malaysia yang bukan rakyat Sabah dan juga bukan warganegara Malaysia diminta untuk menunjukkan pas kerja yang sah bersama dengan pas lain yang sah semasa tiba di negeri ini, tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Next Post

Jepun Mungkin Hanya Membenarkan Kemasukan 4 Negara Ini Sahaja

Melihat kepada perkembangan COVID-19 yang semakin menurun di beberapa buah negara, kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan kemasukan warga asing ke negara terbabit. Menurut sumber KYODO News, negara yang dijangka menjadi pilihan Jepun adalah Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Ini kerana penularan wabak COVID-19 di negara-negara itu dilihat […]
Pengecualian Dikuaratin Untuk Rakyat Semenanjung Datang Ke Sabah Tetapi Bersyarat 2