fbpx

1.89 Juta Orang Didaftar Sebagai Penganggur Di Jepun Akibat COVID-19

Ahmad Suhael

Krisis COVID-19 yang melanda dunia sekarang melihatkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada ekonomi. Pengusaha bisnes terpaksa menghadapi situasi kekurangan sumber pendapatan dan ini memberi kesan kepada pekerja yang mungkin terpaksa dibuang kerja oleh majikan.

Di Malaysia sahaja banyak hotel dan syarikat peranginan terpaksa di tutup sementara dan ada yang juga sepenuhnya. Ada pula syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja demi mengurangkan kos operasi. Salah satunya syarikat Genting Malayisa Bhd.

Di Jepun pula, direkodkan seramai lebih 16,700 pekerja di dalam industri perhotelan terpaksa diberhentikan menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan lapor agensi berita Sputnik.

Jumlah tersebut meningkat bermula sejak akhir Januari sehingga 29 Mei lalu yang melibatkan lebih 3,700 pekerja hotel diberhentikan, 2,287 petugas syarikat mengendalikan bas pelancongan dan teksi serta 2,122 kakitangan dalam sektor lain yang berkaitan.

Susulan itu statistik pengangguran telah meningkat seramai 1.89 juta pada April dan terus meningkat untuk tiga berturut-turut. Jumlah pekerja pula menurun sebanyak 800,00 pada April, menjadikan ianya pertama kali dalam tempoh tujuh tahun.

Dari segi daerahnya yang terkesan, Tokyo mencatat jumlah pekerja diberhentikan paling tinggi iaitu seramai 2,495 orang diikuti wilayah Osaka 1,789 dan Hokkaido berjumlah 1,025 orang.

Agensi berita Kyodo melaporkan pada Rabu, memetik data dikumpulkan Tokyo Shoko Research Limited, lebih 200 kes muflis didaftarkan. Jumlah hutang setiap syarikat sekitar $100,000.

Di dalam perkembangan lain, Jepun dijangka bakal membuka sempadannya kepada 4 buah negara terlebih dahulu demi merancakkan kembali ekonomi dan sektor pelancongannya.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

Pasar Malam Pertama Dibenarkan Beroperasi Di Terengganu

Terengganu akan membenarkan operasi pasar malam percubaan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bermula Jumaat ini seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak. Ianya pertama kali akan dibuka selepas perlaksanaan PKP pada 18 Mac lalu. Walau bagaimanapun, operasi pasar […]
1.89 Juta Orang Didaftar Sebagai Penganggur Di Jepun Akibat COVID-19 2