fbpx

3 Bandar Utama Ini Diiktiraf Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Ahmad Suhael

Sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020 yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun, 3 bandar terpilih antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 di Malaysia iaitu Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban.

Selain itu bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan turut tersenai sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Kajian itu membabitkan dua bandar yang terletak dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf bandar raya, enam bandar di kawasan PBT bertaraf perbandaran dan dua bandar lagi di kawasan PBT bertaraf majlis daerah.

Sebanyak 36,000 borang soal selidik telah diedarkan kepada semua penduduk di semua 106 PBT yang terlibat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 69 bandar atau 65 peratus telah mencapai 80 peratus kebahagiaan dan ke atas manakala 37 bandar atau 35 peratus mencatat sederhana bahagia (iaitu antara 50 hingga 79.9 peratus).

Menurut Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Mohd Anuar Maidin berkata, Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.

“MURNInets merupakan alat yang digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia. Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal” katanya

Tambah beliau lagi, Indeks Kebahagiaan merupakan satu daripada indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 aspek utama iaitu tahap kehidupan dan kesihatan; keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam; infrastruktur asas yang disediakan; kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara serta keseronokan bekerja.

“Aspek lain yang turut diambil kira ialah pengurusan kewangan; hubungan dengan jiran; aktiviti bersama komuniti; infrastruktur asas yang disediakan; perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan dan kualiti alam sekitar,” katanya

Sumber: Sinar Harian

Next Post

1.89 Juta Orang Didaftar Sebagai Penganggur Di Jepun Akibat COVID-19

Krisis COVID-19 yang melanda dunia sekarang melihatkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada ekonomi. Pengusaha bisnes terpaksa menghadapi situasi kekurangan sumber pendapatan dan ini memberi kesan kepada pekerja yang mungkin terpaksa dibuang kerja oleh majikan. Di Malaysia sahaja banyak hotel dan syarikat peranginan terpaksa di […]
3 Bandar Utama Ini Diiktiraf Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2