fbpx

AirAsia Buang Lebih 300 Pekerjanya

Industri pelancongan sangat terkesan dengan krisis yang melanda dunia kali ini iaitu jangkitan wabak COVID-19. Hotel, pusat peranginan dan syarikat penerbangan antara yang mengalami penyusutan pelanggan.

Banyak hotel 5 bintang yang terpaksa ditutup dilaporkan. Beberapa minggu lepas pula, Genting Malaysia Bhd dikatakan bakal membuang pekerja bagi mengurangkan kos operasi mereka.

Terbaru, syarikat tambang rendah AirAsia Berhad pula dilaporkan akan membuat tindakan yang sama seperti Genting di dalam strategi penstrukturan baru bagi menghadapi krisis COVID-19 ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat.

Menurut Riad lagi, pemberhentian pekerja itu akan melibatkan kesemua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia termasuk daripada kalangan pekerja operasi, pengurusan, kru dan juruterbang.

Seperti yang dilaporkan Astro AWANI, pengumuman pemberhentian pekerja akan diumumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

Manakala untuk pekerja yang tidak diberhentikan, kemungkinan akan ada pengurangan gaji berlaku namun belum diputuskan lagi.

Pekerja yang diberhentikan walau bagaimanapun akan mendapat pampasan daripada keputusan ini.

Walaupun sudah beroperasi pada awal bulan Mei lalu, AirAsia hanya fokus kepada penerbangan domestik sahaja. Namun, AirAsia Filipina, Jepun dan Indonesia masih belum beroperasi.

Selain itu disebabkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan di Malaysia, tidak semua orang boleh bergerak merentas negeri sesuka hati.

Syarikat yang mempunyai sekitar 25,000 tenaga kerja seluruh dunia dengan 10,000 adalah pekerja di Malaysia itu terpaksa mengambil pilihan terakhir selepas semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi.

AirAsia Malaysia mempunyai 254 kapal terbang dengan kebanyakannya tidak beroperasi manakala AirAsia X memiliki 32 pesawat namun hanya sekitar 15 ke 16 yang akan beroperasi kelak.

Selain itu daripada pembuangkan pekerja, bagi menampung kos operasi Air Asia dikatakan akan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tiket dengan kadar yang berpatutan menurut Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun.

AirAsia tidak berseorangan dalam mengambil keputusan pembuangan pekerja. Ini kerana sebelum ini syarikat Emirates juga melakukan keputusan yang sama dengan melibatkan sejumlah 30,000 orang termasuk 180 juruterbang dan 400 kru A380 yang masih dalam tempoh percubaan.

Selain itu Garuda Indonesia pada 3 Jun turut mengumumkan pembuangan 180 juruterbang dan beratus tenaga kerja susulan sekatan penerbangan akibat COVID-19.

Sumber:
1. Astro AWANI
2. Astro AWANI

One thought on “AirAsia Buang Lebih 300 Pekerjanya

Comments are closed.

Next Post

Dilarang Berbisik Di Pasar Bisik, Elak Tular COVID-19

Amalan tradisi berbisik ketika menjual beli di Pasar Bisik Kuala Muda sememangnya satu tradisi yang unik. Namun, ketika wabak pandemik COVID-19 di Malaysia yang masih belum pulih, amalan berbisik ini sememangnya tiadk bertepatan dengan amalan pencegahan COVID-19 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada Isnin lalu, Pasar Bisik Kuala […]
AirAsia Buang Lebih 300 Pekerjanya 2