fbpx

Pasar Malam Pertama Dibenarkan Beroperasi Di Terengganu

Ahmad Suhael

Terengganu akan membenarkan operasi pasar malam percubaan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bermula Jumaat ini seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak. Ianya pertama kali akan dibuka selepas perlaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, operasi pasar malam hanya terhad bermula pada waktu 3 petang hingga 7 malam sahaja menurut Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusoff.

Tambah beliau lagi, kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan oleh KKM dan hanya satu laluan masuk di sediakan kepada pengunjung untuk membeli belah di pasar malam berkenaan.

Selain itu, peniaga dan pengunjung diminta tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kita minta pengunjung dan peniaga sentiasa mematuhi SOP terutamanya tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas memantau persiapan akhir termasuk pengukuran jarak kedudukan gerai peniaga di kawasan tempat letak kereta di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus, hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata pasar malam percubaan berkenaan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak Covid-19 yang baru daripada aktiviti pasar malam.

Tambah beliau, MBKT akan turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

Next Post

Rentas Negeri Tanpa Syarat Selepas 9 Jun? Ini Keputusan Undian MKN

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kini banyak memberi kelonggaran kepada rakyat berbanding PKP yang dilaksanankan sebelum ini. Namun apakah yang diharapkan akan diputuskan selepas berakhirkan fasa ini selepas 9 Jun ini? Melalui undian yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa mendapati rata-rata […]
Pasar Malam Pertama Dibenarkan Beroperasi Di Terengganu 2