fbpx

AS Dan China Sekat Penerbangan Antara Mereka

Ahmad Suhael

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dilihat semakin meruncing selepas AS memutuskan akan menyekat penerbangan penumpang daripada syarikat penerbangan China ke negara terbabit.

Sekatan ini membabitkan empat syarikat penerbangan daripada China bermula 15 Jun.

Ini berikutan China gagal meluluskan penyambungan penerbangan United Airlines dan Delta Airlines pada Isnin ke China.

Sebelum ini, syarikat China masih meneruskan penerbangan ke AS 20 kali seminggu pada Februari dan bertambah kekerapan kepada 34 kali seminggu pada Mac.

Melihat daripada keputusan ini, harapan syarikat United Airlines, Delta Airlines dan American Airlines daripada AS pada Jun dan Oktober seperti tidak kesampaian.

Sumber: Astro AWANI

Next Post

PKP Pemulihan Dilaksana, Rentas Negeri Dibenarkan

Umum ketahui Malaysia masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan telah pun melalui 4 fasa. Tetapi ianya telah dilonggarkan pada fasa 5 menjadi PKPB. Seperti yang anda sedia maklum fasa 5 akan tamat pada 9 Jun ini. Jadi persoalan sama ada Perintah Kawalan […]
AS Dan China Sekat Penerbangan Antara Mereka 2