Amalan tradisi berbisik ketika menjual beli di Pasar Bisik Kuala Muda sememangnya satu tradisi yang unik. Namun, ketika wabak pandemik COVID-19 di Malaysia yang masih belum pulih, amalan berbisik ini sememangnya tiadk bertepatan dengan amalan pencegahan COVID-19 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada Isnin lalu, Pasar Bisik Kuala Muda diarah tutup selama tujuh hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akibat tidak patuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, soal kesihatan dan keselamatan harus diutamakan oleh nelayan dan pelanggan terutamanya di dalam keadaan wabak COVID-19 yang masih belum pulih.
“Mereka perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu ini dan lakukan perubahan dari segi mekanisme dan modus operandi. Amalan berbisik memang tidak boleh…macam mana nak bisik dari jarak satu meter
katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar itu, di sini hari ini.“Berikutan itu, para nelayan perlu mempamerkan harga hasil tangkapan dan tidak dibenarkan untuk berbisik bagi menjual hasil laut,”
Tambah beliau lagi, Pasar Bisik boleh dibuka semula dengan syarat semua pihak mematuhi SOP PKPB seperti seperti jarakan sosial, pengambilan bacaan suhu badan, tidak berbisik dan merekod kehadiran pengunjung supaya rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan.
Sumber: BERNAMA