Cukai Pelancongan Dikecualikan. Ini Kelebihan Yang Bakal Anda Dapat

Berikutan daripada Pelan Pemulihan Jangka Pendek yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin, rata-rata rakyat Malaysia menyatakan kesyukuran dengan pelan terbabit.

Antara yang menarik ialah pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya mulai Julai ini sehingga 30 Jun tahun 2021. Pengecualian cukai ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mengaktifkan semula industri pelancongan negara yang terjejas teruk.

Perdana menteri menambah lagi akan melanjutkan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan mulai 1 September ini sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Selain itu katanya, penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan bagi tempoh 1 April lepas sehingga 30 September dilanjutkan tiga bulan lagi mulai 1 Oktober hingga 31 Disember.

Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM1,000 juga akan diberikan kepada individu ke atas perbelanjaan melancong dalam negara juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian dan pelepasan cukai ini pastikan sedikit sebanyak akan mengurangkan kos operasi dan kos perbelanjaan kepada rakyat untuk melancong ke dalam negara.

Sumber: Sinar Harian