fbpx

PKP Pemulihan Dilaksana, Rentas Negeri Dibenarkan

Umum ketahui Malaysia masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan telah pun melalui 4 fasa. Tetapi ianya telah dilonggarkan pada fasa 5 menjadi PKPB.

Seperti yang anda sedia maklum fasa 5 akan tamat pada 9 Jun ini. Jadi persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, masih menjadi tanya tanya.

Hari ini (Ahad, 7 Jun 2020) adalah merupakan hari di mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas mengenai PKP pada pukul 3 petang nanti.

Terkini, melalui perutusan perdana menteri memaklumkan PKPB akan digantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP) dan rentas negeri akan dibenarkan di kawasan zon hijau.

PKP Pemulihan Dilaksana, Rentas Negeri Dibenarkan 1

Jika diimbas kembali sewaktu PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas, hanya perkhimatan yang penting sahaja dibenarkan beroperasi. Selepas itu, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.

Sejak bermulanya PKPB, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat dan terbaru perkhidmatan gunting dan dandanan rambut serta pasar malam bakal dibenarkan beroperasi masing-masing 10 Jun dan 15 Jun nanti.

Apa jua keputusan daripada perutusan itu, norma baharu kehidupan perlu diterapkan menjadi amalan harian. Amalan seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng muka, sanitasi dan penjagaan kebersihan mestilah diamalkan terutama jika berada ditempat awam.

Selain itu, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), elakkan 3S iaitu tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat.

Amalan norma baharu dan tegahan ini mesti diamalkan setiap orang bagi mengekang penularan dan memutuskan rantaian wabak COVID-19 sehingga seluruh Malaysia diisytihar zon hijau. Sama-sama kita lawan COVID-19!

One thought on “PKP Pemulihan Dilaksana, Rentas Negeri Dibenarkan

Comments are closed.

Next Post

Cukai Pelancongan Dikecualikan. Ini Kelebihan Yang Bakal Anda Dapat

Berikutan daripada Pelan Pemulihan Jangka Pendek yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin, rata-rata rakyat Malaysia menyatakan kesyukuran dengan pelan terbabit. Antara yang menarik ialah pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya mulai Julai ini sehingga 30 Jun tahun 2021. Pengecualian cukai ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mengaktifkan […]
PKP Pemulihan Dilaksana, Rentas Negeri Dibenarkan 3