fbpx

1000 Tempahan Hotel Di Langkawi, Namun Ketahui Aktiviti Ini Masih Dilarang Di Hotel

Ahmad Suhael

Semalam perutusan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Jun dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.

Di mana di dalam PKPP ini, perkara yang paling dinanti-nantikan ialah aktivit rentas negeri telah pun dibenarkan di antara kawasan zon hijau.

Sehubungan dengan itu, Perdana menteri juga telah membenarkan aktiviti pelancongan domestik dan menggalakkan rakyat untuk melancong di dalam negara untuk merancakkkan semula industri pelancongan negara.

Selepas daripada pengumuman tersebut, sektor perhotelan di Langkawi telah menerima 1,000 tempahan dalam tempoh lebih kurang sejam daripada pelancong domestik.

Berita tersebut dilihat sebagai tanda positif dalam membangunkan semula industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, beliau menyasarkan pertumbuhan pelancong ke Langkawi seramai satu juta bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

Namun pelanggan perlu diingatkan kembali di dalam perutusan perdana menteri tersebut terdapat beberapa aktiviti masih dilarang iaitu aktiviti di kolam renang.

Ini kerana kolam renang sememangnya menjadi aktiviti tumpuan terutamanya apabila menginap di hotel.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,”

katanya lagi.

Tambah Zainuddin Kadir lagi, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

Pelanggan juga dinasihatkan sentiasa mengamalkan SOP dan amalan perjarakan sosial, menggunakan pelitup muka, sanitasi, dan sentiasa menjaga kebersihan diri ketika melancong nanti

Sumber: Astro Awani

Next Post

Pahang, Melaka Catat Peningkatan 'Wabak' Tak Sabar Nak Bercuti

Seakan tersebarnya wabak, sebaik sahaja pengumuman larangan merentas negeri ditarik balik, rata-rata rakyat Malaysia tidak menunggu lama untuk melancong setelah hampir 3 bulan tidak ke mana. Semalam sahaja pecah rekod di Langkawi apabila 1000 tempahan di buat dalam tempoh lebih kurang satu jam sahaja selepas pengumuman aktiviti pelancongan domestik dibenarkan […]
1000 Tempahan Hotel Di Langkawi, Namun Ketahui Aktiviti Ini Masih Dilarang Di Hotel 2