fbpx

Pahang, Melaka Catat Peningkatan ‘Wabak’ Tak Sabar Nak Bercuti

Ahmad Suhael

Seakan tersebarnya wabak, sebaik sahaja pengumuman larangan merentas negeri ditarik balik, rata-rata rakyat Malaysia tidak menunggu lama untuk melancong setelah hampir 3 bulan tidak ke mana.

Semalam sahaja pecah rekod di Langkawi apabila 1000 tempahan di buat dalam tempoh lebih kurang satu jam sahaja selepas pengumuman aktiviti pelancongan domestik dibenarkan

Di Pahang pula setakat jam 12 malam, lebih 3000 bilik telah ditempah membabitkan lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan homestay.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata Cameron Highland menunjukkan peningkatan jumlah tempahan melebihi 300 bilik.

“Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin”

Selain Cameron Highlands, destinasi lain di Pahang seperti Kuantan, Cherating dan Rompin juga mula menerima tempahan daripada pelancong.

Melihat kepada peningkatan tempahan bilik ini, beliau menasihatkan agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk yang bersesuai.

Ini kerana buat masa ini aktiviti seperti kolam renang, skuba, taman tema masih belum di buka.

Manakala di Melaka, pantai peranginan popular Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, Masjid Tanah, Alor Gajah mula dipenuhi dengan manusia bersempena dengan cuti hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong hari ini.

Hotel-hotel seperti Puteri Qashrina Chalet dan Hotel De Mawardah pula mula mendapat tempahan bilik. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh pihak adalah melawat kampung unik, bengkel pembuatan makanan dan kraftangan di Melaka.

Dalam perkembangan lain, di Negeri Sembilan pula, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk membuka muzium dalam tempoh seminggu lagi atau sebelum akhir bulan ini.

Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan domestik memperlihatkan permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

Sumber:

1. Harian Metro
2. Harian Metro
3. Harian Metro
4. Harian Metro

Next Post

Pelancongan Sabah Terjejas, Namun Ini Luahan Netizen

Ekoran daripada krisis COVID-19 yang melanda Malaysia, industri pelancongan adalah antara yang paling terkesan. Hotel dan pusat peranginan banyak yang terpaksa ditutup. Namun selepas keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti antaranya ialah negeri Sabah. Pengusaha pelancongan di […]
Pahang, Melaka Catat Peningkatan 'Wabak' Tak Sabar Nak Bercuti 2