fbpx

Eropah Bakal Buka Sempadan Kepada Luar Mulai Julai

Ahmad Suhael

Walaupun kes COVID-19 belum reda di Eropah, negara-negara eropah melalui Kesatuan Eropah (EU) bakal membuka sempadannya kepada luar mulai Julai nanti.

Buat masa ini sekatan sempadan antara negara-negara eropah juga belum ditamatkan lagi. Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalam Negeri EU, Ylva Johansson berkata kebanyakan negara EU dan zon Schengen akan menamatkan kawalan sempadan pada 15 Jun, tetapi beberapa negara belum bersedia untuk melakukannya sehingga akhir bulan ini.

Tambah beliau lagi, EU juga akan mempertimbangkan untuk membenarkan sekatan secara beransur-ansur terhadap perjalanan yang tidak penting (tujuan melancong) ke EU mulai Julai.

Sebelum ini Switzerland telah mengumumkan akan membuka sempadan pada 15 Jun ini namun hanya kepada 3 negara eropah sahaja.

Malah Iceland turut akan membuka sempadannya dengan memberi kit saringan ujian COVID-19 percuma untuk pelancong yang datang.

Berita ini dilihat bakal merancakkan ekonomi pelancongan semula setelah lebih tiga bulan disekat sebelum ini.

Sumber: Straits Times

Next Post

Singapore Airlines Tawar Tiket Serendah RM1,235 dari KL Ke Jepun

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk melancong setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Malah, rata-rata syarikat penerbangan dan hotel mula menawarkan harga promosi bagi menarik perhatian. Melalui perkongsian laman sesawang Have Halal Have Travel, Singapore Airlines sedang mengadakan promosi untuk penerbangan pergi dari KL ke Tokyo dan Osaka, […]
Eropah Bakal Buka Sempadan Kepada Luar Mulai Julai 2