Pelancongan Sabah Terjejas, Namun Ini Luahan Netizen
Ekoran daripada krisis COVID-19 yang melanda Malaysia, industri pelancongan adalah antara yang paling terkesan. Hotel dan pusat peranginan banyak yang terpaksa ditutup.
Namun selepas keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti antaranya ialah negeri Sabah.
Pengusaha pelancongan di Sabah turut mengharapkan pelancong dari semenanjung Malaysia bercuti ke Sabah bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri itu.
Namun, ianya agak sukar menjangkakan kedatangan ekoran daripada syarat yang dikenakan untuk masuk ke Sabah adalah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 yang mahal.
Sementara itu di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selepas melihat kepada harga tiket penerbangan yang terlalu mahal sehinggakan mencecah ribuan ringgit untuk one way ke Sabah dan Sarawak.
Tiket gila baby mahal!
Sebelum ni at least sebulan skali ak fly balik smenanjung..kdg2 2 minggu skali fly..lumrah pjj..lepas ni kalau nak balik ak kena fikir utk RM1k hanya utk tiket flight..belum kira kos dr airport nak ke perak dan lain2 kos..gila babi mahal.. pic.twitter.com/7J2ixISTRP
— hafidz dz (@hafifyhafidz) June 4, 2020
RM3k return ticket!
3k return.
— terpaling frequent flyer (@rizarul) June 9, 2020
Pergi Miri pulak tu.
Ini masuk technical punya kira.
MYY load factor kecik. Tak macam BKI, KCH, PEN, LGK. Flight pun tak banyak.
Orang nak keluar masuk pun tak seramai tmpt lain. Aku cuma boleh cakap, MYY tiket mmg mahal dari dulu. Now? Mmg lg mahal la. pic.twitter.com/2PsnoATSrS
Kalau boleh pergi Sabah naik kereta, dah ramai pergi
Kalau boleh pergi Sabah naik kereta mesti ramai nak pergi tapi apakan daya tiket flight mahal sangat https://t.co/YqM8D9V3yI
— izzi (@IzzRaifHarz) June 8, 2020
Sumber: Astro AWANI, Twitter
One thought on “Pelancongan Sabah Terjejas, Namun Ini Luahan Netizen”
Comments are closed.