Pelancongan Sabah Terjejas, Namun Ini Luahan Netizen

Ekoran daripada krisis COVID-19 yang melanda Malaysia, industri pelancongan adalah antara yang paling terkesan. Hotel dan pusat peranginan banyak yang terpaksa ditutup.

Namun selepas keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti antaranya ialah negeri Sabah.

Pengusaha pelancongan di Sabah turut mengharapkan pelancong dari semenanjung Malaysia bercuti ke Sabah bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri itu.

Related Post

Namun, ianya agak sukar menjangkakan kedatangan ekoran daripada syarat yang dikenakan untuk masuk ke Sabah adalah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 yang mahal.

Sementara itu di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selepas melihat kepada harga tiket penerbangan yang terlalu mahal sehinggakan mencecah ribuan ringgit untuk one way ke Sabah dan Sarawak.

Tiket gila baby mahal!

RM3k return ticket!

Kalau boleh pergi Sabah naik kereta, dah ramai pergi

Sumber: Astro AWANI, Twitter

This website uses cookies.