Penerbangan Pertama Perak Ke Singapura Sejak PKP

Semalam merupakakn penerbangan pertama dari Perak ke Singapura dicatatkan menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot TR481 sejak PKP dilaksanakan.

Pesawat terbabit yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LSTAS) membawa tiga puluh dua penumpang yang terdiri majoritinya daripada rakyat warganegara dan penduduk tetap Singapura.

Penumpang yang terdiri daripada pelajar dari Malaysia yang menuntut di Singapura telah mendapat Kelulusan Dalam Prinsip (IPA), serta kebenaran Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta Kementerian Pendidikan Singapura.

Menurut laporan Bernama di LTSAS, penumpang yang tiba perlu melakukan pendaftaran dan pemeriksaan suhu badan di pintu masuk utama, sebelum dibenarkan memasuki balai pelepasan dan menaiki pesawat.

Sumber: Astro AWANI