fbpx

Berbaloi Ke Beli AirAsia Unlimited Pass? Ketahui Perkara Ini Dahulu

Ahmad Suhael 1

Rata-rata kaki travel semestinya sudah tahu tentang promosi yang dibuat oleh AirAsia iaitu AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia dengan harga RM399 bersih.

Tawaran ini melibatkan 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ianya tepat pada masanya kerana kerajaan telah pun membenarkan aktiviti rentas negeri tanpa syarat di antara kawasan zon hijau di dalam negara ini. Malah kerajaan menggalakkan rakyat untuk melancong bagi merancakkan kembali ekonomi pelancongan negara.

Namun, apakah tawaran ini berbaloi untuk dibeli? Tawaran ini sememangnya nampak menarik tetapi anda perlu bijak sebelum terus membuat pembelian.

Ketahui beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli tiket Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini.

  1. Unlimited Pass ini tidak termasuk dengan cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Jadi anda perlu membayar semua cukai yang berkenaan berasingan.
  2. Penebusan unlimited hanya sah untuk penerbangan bertanda kod promo ‘Diskaun 100%’.
  3. Setiap kod promo di bawah Pas boleh ditebus untuk penerbangan pergi dan balik, namun bergantung pada ketersediaan tempat duduk. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membeli tiket balik dan tempat duduk tidak tersedia untuk penerbangan balik (tidak bertanda ‘Diskaun 100%), unlimited pass ini hanya layak untuk satu perjalanan sahaja. Anda perlu membayar tambang penuh untuk perjalanan yang tiada Diskaun 100%.
  4. Penebusan hanya berlaku untuk laluan ‘point to point’ dan tidak termasuk laluan FLY-THRU.
  5. Anda perlu membuat tempahan 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk penerbangan kod AK dalam Malaysia sahaja.
  6. Penebusan penerbangan Unlimited pass adalah terhad dan tertakluk pada ketersediaan tempat duduk. Unlimited Pass tidak menjamin ketersediaan tempat duduk dalam penerbangan tertentu. Jadual penerbangan boleh berubah tanpa notis atau tanggungjawab kepada pemegang Pass.
  7. Tidak boleh tempah 2 destinasi pada hari dan tempat berlepas yang sama.
  8. Maksimum 3 kali ‘no shows’. Lebih 3 kali boleh membatalkan unlimited pass anda.

Jika anda baca poin nombor 2, 3 dan 6. AirAsia mengulangi bahawasanya tempat duduk untuk Unlimited Pass tidak terjamin terutamanya ketika permintaan tinggi seperti hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah dan lain-lain berdasarkan terma dan syaratnya.

Jadi pada pendapat kami, unlimited pass hanya akan tersedia untuk penerbangan pada tarikh yang tidak popular sahaja dan pada hari bekerja. Ada kemungkinan juga ianya akan tersedia dalam satu-satu penerbangan untuk mengisi kekosongan yang mungkin tidak terisi pada harga tiket biasa.

Satu perkara lagi, anda mungkin terfikir anda telah berjimat dengan membeli unlimited pass ini, namun perlu diingat untuk berjalan di 16 destinasi terpilih itu anda masih perlukan duit untuk perbelanjaan lain.

Perlu diingat lagi bahawa, unlimited pass ini sah untuk tuan empunya pass sahaja. Jadi jika anda bercadang nak berjalan lebih dari seorang, rakan anda jua perlukan unlimited pass atau beli tiket pada harga biasa.

Namun, ini hanya pendapat kami yang belum ada pengalaman menggunakan unlimited pass ini.

Dari pandangan lain pula, unlimited pass ini ada juga kelebihan jika anda seorang pengembara sepenuh masa dan berduit. Dengan adanya pass ini, anda boleh menggunakan pass ini untuk ke destinasi yang tertera tanpa batas dengan syarat tarikh yang dipilih ada tertera ‘diskaun 100%’. Pengembara sepenuh masa pastinya tiada masalah dengan masa dan tarikh kerana tidak terikat dengannya.

Kesimpulannya, jawapan kepada persoalan berbaloikah untuk membeli Unlimited Pass ini sebenarnya terletak pada diri anda sendiri. Cuba bertanya pada diri anda, adakah anda seorang yang kerap berjalan atau hanya setahun sekali? Adakah anda bebas untuk bercuti tanpa terikat dengan cuti tahunan? Adakah anda cukup wang untuk berbelanja jika bercadang untuk bercuti setiap bulan?

Jadi apa pendapat anda tentang AirAsia Unlimited Pass ini. Berbaloi atau tidak untuk dibeli? Kongsikan pendapat anda.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi ‘Trick’ Guna AirAsia Unlimited Pass Boleh Dapat 3 Tiket 100% Diskaun

One thought on “Berbaloi Ke Beli AirAsia Unlimited Pass? Ketahui Perkara Ini Dahulu

Comments are closed.

Next Post

Mendaki 'Day Pack' Sahaja Dibenarkan

Selain daripada melancong dalam negara, aktiviti pendakian juga ditunggu-tunggu kebenarannya oleh rata-rata rakyat Malaysia. Jadi ini berita baik untuk anda. Mulai 15 Jun aktiviti pendakian akan dibenarkan namun hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang. Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri […]
Berbaloi Ke Beli AirAsia Unlimited Pass? Ketahui Perkara Ini Dahulu 2