fbpx

Mendaki ‘Day Pack’ Sahaja Dibenarkan

Ahmad Suhael

Selain daripada melancong dalam negara, aktiviti pendakian juga ditunggu-tunggu kebenarannya oleh rata-rata rakyat Malaysia. Jadi ini berita baik untuk anda.

Mulai 15 Jun aktiviti pendakian akan dibenarkan namun hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.

Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Mohd Yussainy Md Yusop memberikan contoh seperti pendakian Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang, Johor.

Aktiviti pendakian tidak dibenarkan bermalam kerana sekiranya pendaki mengalami gejala COVID-19 seperti demam, ianya membahayakan pasukan penyelamat.

“Mereka (penyelamat) terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu,”

katanya kepada Bernama

Tambah beliau lagi, aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun tidak dibenarkan selaras dengan aktiviti yang masih dilarang di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam perkembangan lain, Sabah juga telah mengumumkan pembukaan semula lalu pendakian Gunung Kinabalu untuk orang ramai pada 16 Mei lalu.

Sumber: Harian Metro

Next Post

Terengganu Benarkan Aktiviti Skuba, Snorkeling, Dan Rekreasi Lain Mulai 15 Jun

Selain Langkawi, Sabah, Melaka dan Pahang, Terengganu juga antara negeri yang menunjukkan peningkatan tempahan bilik sejurus sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan larangan rentas negeri ditarik semula. Pengumuman terbabit membolehkan kerajaan negeri Terengganu membenarkan semua pusat penginapan dibuka dan aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa mulai 12 Jun ini […]
Mendaki 'Day Pack' Sahaja Dibenarkan 2