fbpx

Singapore Airlines Tawar Tiket Serendah RM1,235 dari KL Ke Jepun

Ahmad Suhael

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk melancong setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Malah, rata-rata syarikat penerbangan dan hotel mula menawarkan harga promosi bagi menarik perhatian.

Melalui perkongsian laman sesawang Have Halal Have Travel, Singapore Airlines sedang mengadakan promosi untuk penerbangan pergi dari KL ke Tokyo dan Osaka, dengan harga mulai dari harga serendah RM1235 all-in.

Merujuk kepada kalendar, harga terendah ini boleh didapati pada bulan Oktober dan juga November. Apa yang menarik lagi adalah harga ini termasuk dengan bagasi 30kg dan cukai.

Singapore Airlines Tawar Tiket Serendah RM1,235 dari KL Ke Jepun 1
Sumber Foto: Have Halal Have Travel

Berita ini pastinya menjadi berita gembira kepada yang sangat impikan untuk ke Jepun. Di tambah lagi apabila sebelum ini kerajaan Jepun dikatakan akan menawarkan subsidi untuk perbelanjaan travel bagi perjalanan domestik.

Namun, perlu diingat sebelum anda membuat tempahan kerajaan Malaysia masih belum membuka sempadan untuk membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara. Jadi boleh lah rancang dahulu itinerari dan bajet anda buat masa ini.

Next Post

Berbaloi Ke Beli AirAsia Unlimited Pass? Ketahui Perkara Ini Dahulu

Rata-rata kaki travel semestinya sudah tahu tentang promosi yang dibuat oleh AirAsia iaitu AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia dengan harga RM399 bersih. Tawaran ini melibatkan 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota […]
Singapore Airlines Tawar Tiket Serendah RM1,235 dari KL Ke Jepun 3