fbpx

Starter Kit Melancong Dalam Negeri Pasca PKP

Ahmad Suhael

Setelah pengumuman perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, ramai yang tidak sabar untuk keluar dari kepompom setelah hampir 3 bulan terperap.

Kebenaran merentas negeri yang dibenarkan sangat memberi kegembiraan kerana rata-rata Malaysia rindukan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada juga yang tidak sabar untuk melancong.

Namun begitu, haruslah diingatkan walaupun telah diberi kelonggaran yang banyak, patuhi SOP dan saranan amalam 3S dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) haruslah terus diamalkan demi mengelakkan dijangkiti wabak COVID-19.

Menerusi laman sosial Facebook, halaman Public Health Malayisa berkongsi beberapa perkara yang perlu disediakan sebagai persediaan untuk melancong dalam negeri. Antara yang dinyatakan adalah

1 – Alatan Kelengkapan

Alatan kelengkapan yang wajib disediakan adalah topeng muka, hand sanitizer dan face shield.

2 – Sikap

Sikap ialah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh masing-masing dengan terus mengamalkan saranan KKM iaitu elakkan tempat sesak, sentiasa jaga jarak sosial, mampu bersabar untuk beratur, tidak bersalaman, dan jangan berbual secara dekat.

3 – Pengetahuan

Anda juga perlu ambil tahu aktiviti dilarang dan di mana zon merah iaitu zon yang dilarang untuk dikunjungi di dalam tempoh PKPP ini. Selain itu, anda juga perlu peka dengan orang sekeliling terutamanya golongan yang berisiko seperti orang tua dan kanak-kanak dan bagaimana wabak ini boleh tersebar dan cara untuk mencegahnya.

4 – Lokasi

Pilihlah lokasi yang tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.

Starter Kit Melancong Dalam Negeri Pasca PKP 1
Foto via Faceboook Public Health Malaysia

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Next Post

Lelaki Ini Kongsi 'Trick' Guna AirAsia Unlimited Pass Boleh Dapat 3 Tiket 100% Diskaun

Baru-baru ini pelancaran AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia mendapat pelbagai respon netizen. Ada yang menyukainya dan ada juga yang mengecam kerana menganggap ianya satu skam. Sebelum ini kami ada kongsikan kepada anda berbaloikah untuk anda membeli AirAsia Unlimited Pass ini dan perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum ambil keputusan […]
Starter Kit Melancong Dalam Negeri Pasca PKP 3

You May Like