Terengganu Benarkan Aktiviti Skuba, Snorkeling, Dan Rekreasi Lain Mulai 15 Jun

Selain Langkawi, Sabah, Melaka dan Pahang, Terengganu juga antara negeri yang menunjukkan peningkatan tempahan bilik sejurus sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan larangan rentas negeri ditarik semula.

Pengumuman terbabit membolehkan kerajaan negeri Terengganu membenarkan semua pusat penginapan dibuka dan aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa mulai 12 Jun ini

“Alhamdulillah dengan kelonggaran rentas negeri dan kebenaran aktiviti pelancongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kita terima laporan terdapat tempahan mendadak dari pelancong domestik yang mahu berkunjung ke Terengganu,”

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman

Tarikan utama Terengganu iaitu Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) di Tasik Kenyir akan mula dibuka pada 12 Jun manakala  tempat lawatan umum seperti Taman Tamadun Islam,  Zoo Kemaman, muzium negeri, muzium daerah, Rumah Warisan Haji Su dan Menara ‘Drawbridge’  pada 15 Jun ini.

Pada 15 Jun itu juga, aktiviti selam skuba, snorkeling, mendaki bukit, aktiviti bot di pulau dan tasik, paragliding, aktiviti Taman Eco Rimba dan lata rekreasi dibenarkan beroperasi.

Walaupun begitu, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dilaksanakan oleh penggiat industri pelancongan.

Pemantauan agak kerap dibuat bagi memastikan pelancongan serta penggiat industri pelancongan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi terus mengekang penularang wabak COVID-19.

Sumber: BERNAMA