Baru-baru ini pelancaran AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia mendapat pelbagai respon netizen. Ada yang menyukainya dan ada juga yang mengecam kerana menganggap ianya satu skam.
Sebelum ini kami ada kongsikan kepada anda berbaloikah untuk anda membeli AirAsia Unlimited Pass ini dan perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum ambil keputusan untuk membelinya.
Melalui Facebook, lelaki bernama Nazmi Hamidi ini berkongsi bagaimana beliau beroleh tiga tiket return menggunakan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini dan hanya mengeluarkan modal RM24 sahaja untuk setiap satu trip.
Baca perkongsian beliau di bawah ini:
AirAsia Unlimited Pass Cuti Cuti Malaysia (Review)
So dengan bantuan wife, Fasihah Syahirah, satu hari dia tolong belikan pass ni dengan carikan tarikh yang ada promo tu, kami berhasil untuk beli 3 tarikh tiket yang berbeza.
Kami berjaya beli tiket:
- KL –> KK –> KL
- KL –> Tawau –> KL
- KL –> Kuching –> KL
Untuk setiap tiket perjalanan pergi balik tu hanyalah serendah RM24!
Ya tuan-tuan dan puan-puan,
Kami dapat harga serendah itu. Boleh lah kami cakap yang Pass ini tidaklah scam seperti yang disangka.
Tips nya:
- Cari tarikh weekday, elakkan tarikh weekend.
- Redeem dulu voucher sebelum start mencari tarikh (voucher code boleh generate banyak kali).
- Offer 100% tu hanya terdapat pada tarikh & masa flight. So ketabahan untuk membelek setiap tarikh dan masa tu amatlah penting.
Bukti-bukti harga diskaun yang kami dapat tu boleh tengok dalam gambar yang kami kongsi ye.
Minta maaf terpaksa hide tarikh-tarikh yang kami sudah beli untuk menjaga privasi.
Saya sertakan sekali macam mana rupa lepas kita beli Pass tu dengan apa maksud Voucher code. Di gambar yang last sekali ade tertulis voucher code. Sebelum mencari tarikh flight, kena tekan button redeem dahulu. Jika nak beli lagi tiket flight lain, korang just perlu generate code baru.
Disclaimer:
- Tarikh promosi Pass nie sampai 13 jun saje.. so esok last.
- Boleh travel dari 25jun 2020 sampai 31 march 2021.
- Kanak-kanak bawah 11 tahun tak dapat guna pass nie.
- Pass hanya boleh digunakan oleh empunya nama sahaja. tidak boleh digunakan oleh orang lain.
Sumber: Facebook Nazmi Hamidi