fbpx

5 Peringatan Untuk Memulakan Aktiviti Hiking Pasca PKP

Ahmad Suhael

Setelah hampir tiga bulan terperap di rumah akibat daripada perlaksanaan PKP dan PKPB, pastinya rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang minat mendaki tidak sabar untuk memulakan semula aktiviti sukan terbabit.

Beberapa hari yang lepas Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan tarikh 15 Jun sebagai tarikh di mana aktiviti mendaki kembali dibenarkan. Namun beberapa syarat dikenakan antaranya ialah tidak boleh bermalam dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.

Namun anda perlu tahu setelah hampir tiga bulan aktiviti ini ditinggalkan, beberapa perkara perlu diingatkan kembali supaya tidak menjadi masalah kepada anda semasa mendaki.

  1. Memohon permit untuk mendaki. Ini penting kerana walaupun aktiviti pendakian dibenarkan, sesetengah negeri masih menutup kebenaran untuk mendari disebabkan faktor keselamatan.
  2. Dapatkan bantuan penunjuk jalan. Setelah ditinggalkan lama, pasti denai laluan pendakian sudah ditutupi oleh dedaun. Ada juga yang mungkin telah dihalang oleh runtuhan ranting atau pokok yang tumbang. Jadi, penunjuk jalan akan menjadi penunjuk arah anda supaya tidak sesat.
  3. Buat latihan ringan sebelum mendaki. tiga bulan berehat daripada melakukan aktiviti sukan pasti membahayakan jika anda mendadak melakukan aktivit sukan lasak seperti mendaki ini. Mulakan dengan berjogging untuk mendapatkan semula stamina dan pace anda yang lama.
  4. Periksa keadaan kasut dan peralatan mendaki. Permukaan denai pendakian berkemungkinan akan licin disebabkan ditutup dedaun. Jadi sebelum memulakan pendakian, periksa semula keadaan kasut dan peralatan mendaki anda. Pastikan tapak kasut kukuh dan bateri head lamp diganti atau dicaj dan lain-lain peralatan diperiksa keadaannya.
  5. Bergerak di dalam kumpulan. Haiwan liar berkemungkinan akan berkeliaran lebih kerap disebabkan ketiadakan manusia yang lama sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Ular, harimau, pacat mungkin akan lebih kerap teserempak.
  6. Hati-hati memegang tali dan tangga. Ada sesetengah jalur pendakian terdapat tali dan tangga yang perlu digunakan oleh pendaki. Jadi, perlu berhati-hati berkemunkinan tali sudah reput dan tangga menjadi licin akibat lumut.
Next Post

Taman Tema Harry Potter Bakal Menyusul Di Tokyo Pada Tahun 2023

Pada masa ini, Jepun sudah pun mempunyai tiga taman tema popular iaitu Disneyland, Legoland dan Universal Studio. Bagi peminat taman tema, ini berita baik untuk anda. Jepun bakal menyusul dengan taman tema baru iaitu Taman Tema Harry Potter pada tahun 2023. Menurut portal berita Kyodo News, Taman Tema Harry Potter […]
5 Peringatan Untuk Memulakan Aktiviti Hiking Pasca PKP 2