fbpx

Ramai Mula Nak Balik Kampung, Ini 5 Pesanan Penting Untuk Anda!

Ahmad Suhael

Orang ramai tidak tunggu lama untuk pulang ke kampung sebaik sahaja bermula hujung minggu pertama selepas kebenaran merentas negeri dilaksanankan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Ditambah lagi dengan bulan Syawal yang masih belum berakhir dan orang ramai masih dalam ‘mood’ perayaan Aidilfitri, dijangka ramai orang akan mengambil peluang balik kampung sehingga pehujung bulan Syawal nanti.

Ini terbukti apabila jalanraya dan lebuhraya mulai sesai sejak Jumaat malam semalam. Di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan kenderaan terperangkap di dalam kesesakan itu seakan tidak berjalan.

Jadi ini nasihat dan pesanan kami untuk anda yang bercadang pulang ke kampung.

  1. Pastikan anda merancang percutian dan perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan di atas jalan mahupun di R&R. Cuba elakkan perjalanan pada hujung minggu iaitu Jumaat malam, Sabtu dan Ahad. Ambillah cuti dua hari awal supaya boleh bergerak pada hari bekerja untuk elakkan kesesakan.
  2. Pastikan kenderaan anda sudah diservis dan bersedia untuk perjalanan jauh. Ini penting untuk memastikan tiada masalah akan berlaku ditengah-tengah perjalanan. Jika berlaku kerosakan, ianya bukan sahaja membebankan anda malah akan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.
  3. Anda digalakkan mengisi petrol sebelum masuki lebuhraya dan bawa bekalan dari rumah supaya dapat mengelakkan kesesakan di R&R.
  4. Pastikan anda cukup rehat dan tidur, bertukar-tukar giliran memandu dan paling penting ialah tidak mabuk ketika memandu!
  5. Jika terpaksa berhenti di R&R, pastikan anda amalkan SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika di R&R iaitu dengan memakai pelitup muka, jaga jarak dengan orang lain, elakkan kawasan orang ramai, tidak bersembang dengan jarak dekat, dan amalkan penggunaan hand sanitizer.

Selamat pergi dan pulang!

Baca juga:
Berbaloi Ke Beli AirAsia Unlimited Pass? Ketahui Perkara Ini Dahulu

Next Post

5 Peringatan Untuk Memulakan Aktiviti Hiking Pasca PKP

Setelah hampir tiga bulan terperap di rumah akibat daripada perlaksanaan PKP dan PKPB, pastinya rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang minat mendaki tidak sabar untuk memulakan semula aktiviti sukan terbabit. Beberapa hari yang lepas Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan tarikh 15 Jun sebagai tarikh di mana aktiviti mendaki kembali dibenarkan. Namun […]
Ramai Mula Nak Balik Kampung, Ini 5 Pesanan Penting Untuk Anda! 2