fbpx

Berlayar Di Lautan, Pasangan Ini Tak Tahu Dunia Dilanda COVID-19

Ahmad Suhael

Kisah ini berlaku pada bulan Mac lalu, di mana sepasangan bernama Elena Manighetti dan Ryan Osborne ini sedang berlayar di lautan selama 25 hari.

Pasangan yang berasal dari Manchester ini memulakan perlayaran mereka pada Februari lalu untuk belayar ke St Vincent.

Namun, setelah hampir sebulan di lautan, mereka hanya mengetahui mengenai krisis wabak pandemik COVID-19 ketika ingin berlabuh di Carribean.

Menurut Elena yang berasal dari Lombardy, Itali itu berkata, sepanjang pelayaran, mereka memesan kepada keluarga untuk tidak menerima sebarang berita buruk. Disebabkan itu mereka tidak mengetahui wabak itu telah menjangkiti seluruh dunia ketika ingin berlabuh di Caribbean.

Berlayar Di Lautan, Pasangan Ini Tak Tahu Dunia Dilanda COVID-19 1

Walaupun pada awalnya mengetahui tentang wabak COVID-19 yang sedang melanda China. Namun disebabkan saluran informasi dan akses terhad kepada internet, beliau menyangka wabak itu telah berakhir.

Ketika mendekati Caribbean, banyak pulau telah menutup sempadan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19.

Bot mereka pada awalnya tidak dibenarkan berlabuh dengan alasan mereka warga Itali. Mereka bernasib baik kerana menyimpan sejarah perjalanan mereka dengan GPS dan berjaya membuktikan bahawa mereka berada di laut selama 25 hari dan secara tidak sengaja telah mengkuarantinkan diri mereka.

Setelah itu, pasangan itu terperangkap di Bequi, Saint Vincent dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Mereka terpaksa dikuarantin dan dilarang meneruskan perjalanan disebabkan perintah berkurung selain musim taufan yang dijangka akan berlaku.

Berlayar Di Lautan, Pasangan Ini Tak Tahu Dunia Dilanda COVID-19 2

Sumber: BBC

Next Post

Beijing Perketat Perintah Berkurung Akibat Kes Baru COVID-19

Kes jangkitan wabak COVID-19 nampaknya seperti tiada kesudahan. Pada Isnin lalu, terdapat kluster jangkitan COVID-19 terbaru ditemukan di Beijing. Dilaporkan sebanyak 49 kes baru dan 36 daripadanya ada kaitan dengan pasaraya makanan laut Xinfadi di daerah Fengtai. Walau bagaimanapun, pasar borong terbabit sudahpun ditutup pada hari Sabtu lalu. Malah beberapa […]
Berlayar Di Lautan, Pasangan Ini Tak Tahu Dunia Dilanda COVID-19 4