Beijing Perketat Perintah Berkurung Akibat Kes Baru COVID-19

Kes jangkitan wabak COVID-19 nampaknya seperti tiada kesudahan. Pada Isnin lalu, terdapat kluster jangkitan COVID-19 terbaru ditemukan di Beijing. Dilaporkan sebanyak 49 kes baru dan 36 daripadanya ada kaitan dengan pasaraya makanan laut Xinfadi di daerah Fengtai.

Walau bagaimanapun, pasar borong terbabit sudahpun ditutup pada hari Sabtu lalu. Malah beberapa pegawai dan pengurus pasar terbabit juga telah dipecat.

Menurut jurucakap Pemerintah Beijing, Xu Hejian berkata Beijing kini sudah berada di zon bahaya, di mana penularan wabak COVID-19 sangat tinggi.

Berikutan itu, beberapa bandar di China digesa untuk tidak melakukan perjalanan ke wilayah Beijing. Namun setiap perjalanan yang menjadi keperluan perlu menjalani kuarantin selama 21 hari.

Related Post

Perintah berkurung di Kompleks kediaman di wilayah Beijing juga telah diperketatkan dengan pemeriksaan keselamatan, pengumuman pembesar suara, panggilan telefon dan lawatan ke rumah yang meminta semua penduduk yang telah mengunjungi pasar Xinfadi untuk melaporkan perjalanan mereka baru-baru ini.

Sekolah juga telah ditangguhkan dan pemeriksaan suhu di pusat membeli-belah dan tempat awam telah dilanjutkan kembali.

Punca penyebaran wabak COVID-19 di pasar terbabit dikatakan berpunca daripada papan pemotong ikan salmon yang tidak bersih. Berikutan itu beberapa restoran di China tidak lagi mengambil ikan salmon dan beberapa kedai sudah tidak menjual ikan Salmon buat sementara waktu bagi mengelakkan daripada lebih ramai individu dijangkati wabak COVID-19.

Sumber: The Guardian

This website uses cookies.