Pengayuh Beca Di Melaka Rayu Sokongan

Akibat daripada penularan wabak COVID-19 dan perlaksanaan PKP dan PKPB, aktiviti mengayuh beca di Melaka sangat terkesan. Walaupun selepas perlaksaan PKPP, jumlah pelancongan yang ingin menggunakan khidmat pengayuh beca sangat kurang.

Menyedari kerisau pelanggan, majoriti pengayuh beca bukan sahaja menyediakan cecair pembasmi tangan bagi kegunaan pelanggan, malah menyediakan bekas berisi air bersih dan sabun pencuci tangan yang telah diubah suai dan diletakkan di dalam beca.

Faktor keselamatan ini menjadi faktor utama dalam penambahbaikan yang dibuat bagi meningkatkan kembali keyakinan pelanggan untuk menggunakan semula servis pengayuh beca.

Selain itu SOP yang ditetapkan oleh pihak pelancongan seperti membawa cecair pembasmi kuman, pakai penutup mulut dan hidung, mencatat nama dan nombor telefon pelanggan juga perlu dibuat.

Jika dahulu, pelancong dari luar negara menjadi antara penyumbang sumber pendapatan mereka, kini golongan itu berharap rakyat tempatan dapat membantu membangunkan semula ekonomi pengayuh beca dengan menggunakan perkhidmatan mereka.

Sumber: Astro Awani