fbpx

Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu!

Ahmad Suhael

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 10 Jun yang lepas disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Selain dapat merentas negeri di dalam tempoh PKPP, kerajaan juga menggalakkan untuk rakyat sama-sama merancakkan semula ekonomi negara yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Ditambah lagi pengumumkan pengecualian cukai pelancongan di dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek bakal memberi kelebihan kepada rakyat. Jadi inilah masa untuk anda menerokai tempat-tempat menarik di Malaysia.

Sebelum ini kami ada kongsikan tempat menarik di Terengganu, Pahang dan Perak. Kali ini kami nak berkongsi pula tempat cantik ala Switzerland versi Kedah di Daerah Yan ini.

Pemegang akaun Facebook bernama Mohd Anas Anas ini berkongsi foto dan pengalaman beliau bercuti di Puncak Gunung Jerai. Baca perkongsian beliau di bawah ini:

Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 1
Foto via Facebook Mohd Anas Anas

Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai. Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini. Disebabkan ramai yang bertanyakan,

1) Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai. Banyak gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan seblum sampai tapak kaki Gunung (nota untuk pelancong luar kedah).

2) Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik. Paling utama brek berfungsi dengan baik.

3) Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate satu malam berubah-ubah. Pada 7 June Rm250** untuk 2 katil single (sentiasa berubah-ubah harga bilik ). View yang sangat cantik berlatarbelakangkan sawah padi dan pantai murni. Berminat boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan sekali sarapan pagi untuk 2 orang.

Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 2
Foto via Facebook Mohd Anas Anas
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 3
Foto via Facebook Mohd Anas Anas
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 4
Foto via Facebook Mohd Anas Anas

4) Okay kembali semula bab perjalanan, perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km akan memakan masa hampir setengah jam.

5) Keadaan jalan yang baik tetapi agak menyeramkan sebab berliku-liku sebelum sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana tetapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.

6) Bab makan jangan risau. Dekat atas ada cafe yang jual pelbagai kek manisan, coffee, tea dan sebagainya. Makan kek sambil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai. Boleh juga makan di restoran di bahagian atas tetapi harga agak mahal.

Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 5
Foto via Facebook Mohd Anas Anas
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 6
Foto via Facebook Mohd Anas Anas
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 7
Foto via Facebook Mohd Anas Anas

7) Saat pertama kali sampai di puncak, terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sebentar memori di Swiss sebab dekat atas ni teramat cantik dipenuhi dengan bunga hyndregea. Memang cantik sangat. Boleh lah Gunung Jerai ni diberi jolokan Swiss kedah habaq hang.

8) Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yang sangat indah tak terkata. Terutama pada waktu menjelang senja. kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar bumi Yan.

9) Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius. Suhu ala-ala di Zermaat Swiss ya. Tetapi di Zermatt sejuk lagi la.

10) Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri kedah, Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.

Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 8
Foto via Facebook Mohd Anas Anas
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 9
Foto via Facebook Mohd Anas Anas

11) Kalau bertandang pada musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai. Sempat juga merasa kali ni.

12) Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal. Kedeqat depa cukup kuat. Naik kereta pun rasa letih dah.

Tetapi percaya lah, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik sangat. Sumpah tak leh lupa lagi keadaan yang tenang dan segar.

Baca juga: Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan ‘The Beauty Of Terengganu’

Sumber: Mohd Anas Anas

Next Post

Pengayuh Beca Di Melaka Rayu Sokongan

Akibat daripada penularan wabak COVID-19 dan perlaksanaan PKP dan PKPB, aktiviti mengayuh beca di Melaka sangat terkesan. Walaupun selepas perlaksaan PKPP, jumlah pelancongan yang ingin menggunakan khidmat pengayuh beca sangat kurang. Menyedari kerisau pelanggan, majoriti pengayuh beca bukan sahaja menyediakan cecair pembasmi tangan bagi kegunaan pelanggan, malah menyediakan bekas berisi […]
Lelaki Ini Kongsi Permandangan Dari Puncak Gunung Jerai. Ala Switzerland Gitu! 11