New Zealand Catat 2 Kes COVID-19 Selepas 24 Hari Bebas

New Zealand yang sudah pun mengisytihar bebas daripada wabak COVID-19 sebelum ini mula memperketatkan kembali pengawasan pintu masuk sempadan selepas terdapat dua kes terbaru positif wabak terbabit.

Dua kes terbabit melibatkan dua orang wanita warga New Zealand yang pulang dari London untuk mengunjungi ibu bapa mereka yang meninggal dunia

Mereka bagaimanapun diberi pengecualian kuarantin dua minggu atas alasan belas kasihan malah ujian saringan juga tidak dilakukan ke atas mereka.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan kereta dari Auckland ke Wellington.

Related Post

Pegawai kesihatan bagaimanapun memaklumkan, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan dengan orang lain sepanjang perjalanan terbabit.

Sebagai langkah awal, kesemua 320 orang yang mungkin bersentuhan dengan dua individu itu sewaktu dalam penerbangan atau pun di hotel sudah dihubungi.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.