fbpx

Hagia Sophia Dicadang Dijadikan Pusat Ibadah Islam Dan Kristian

Ahmad Suhael

Siapa yang pernah ke Turki pasti pernah ke tempat bersejarah Hagia Sophia. Tempah yang penuh dengan sejarah kegemilangan Islam keikta zaman Turki Uthmaniyah.

Hagia Sophia yang pada asalnya dibina sebagai Gereja diubah menjadi masjid dan akhirnya menjadi muziam ketika zaman pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.

Namun sejak beberapa tahun sebelum ini statusnya diperdebatkan kembali berikutan beberapa kenyatan Presiden Tukri, Erdogan menyatakan untuk menjadikan kembali Hagia Sophia sebagai tempat ibadat umat Islam.

Terbaharu, Patriark Constantinople dari Gereja Apostolik Armenia, Sahag II. Mashialan, seperti menyokong cadangan menukarkan Hagia Sophia ke masjid namun dengan syarat diberi ruang juga untuk penganut Kristian beribadah di sana.

Menurut pemimpin agama Kristian Armenia di Turki, Hagia Sophia memiliki sebuah ruang yang cukup besar untuk menampung dua komuniti agama itu. Hagia Sophia menjadikan simbol kedamaian bagi umat manusia,”

Hagia Sophia kembali menjadi subjek perebutan dua agama apabila kerajaan Turki telah membenarkan pembacaan Al-Quran di sana bagi memperingati pendudukan Konstantinopel oleh tentera Uthmaniyyah, 567 tahun yang lalu.

Usaha ini sebenarnya sudah dimulakan oleh organisasi Islam konservatif, Kesatuan Pekerja Yayasan Agama (Diyanet Bir-Sen). Parti pemerintah, AKP, juga telah lama melobi agar status Hagia Sophia diubah menjadi masjid.

Malah pada tahun 2015, pemerintah Turki telah mengadakan acara keagamaan di Hagia Sophia, yang pertama dalam tempoh 80 tahun.

Status Hagia Sophia bakal diputuskan pada 2 Julai nanti namun adakah ianya akan menjadi masjid atau kekal muzium bergantung pada keputusan Danıştay, mahkamah tertinggi pentadbiran di Turki.

Sumber: Armenian Weekly

Next Post

Warga Singapura, Brunei boleh masuk Malaysia, Ini Komen Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Malaysia secara dasarnya bersetuju membenarkan warga Singapura dan Brunei untuk memasuki pintu sempadan negara namun tertakluk kepada keputusan yang dicapai dalam rundingan antara Malaysia dan Singapura. Ini kerana Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengklasifikasikan Singapura, Brunei, Australia dan New Zealand sebagai negara zon hijau Covid-19. Namun perkara terbabit […]
Hagia Sophia Dicadang Dijadikan Pusat Ibadah Islam Dan Kristian 2