fbpx

Malaysia Pertimbang Kebenaran Rentas 6 Negara Kategori Zon Hijau

Ahmad Suhael

Ketika ini, rentas negeri telah pun dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) selepas hampir tiga bulan kebebasan itu disekat. Kini kerajaan mula mempertimbangkan rentas negara pula.

Negara yang terlibat dalam pertimbangan ini adalah enam negara yang dikategorikan sebagai zon hijau iaitu Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata segala peraturan dan SOP mestilah dibincangkan dan haruslah saling timbal balas.

Sebagai contoh, adakah kita perlu melaksanakan kuarantin selepas kedatangan? apakah ujian saringan perlu dilakukan? Semua syarat ini haruslah timbal balas antara kedua dua belah pihak.

Tambah beliau lagi sekiranya perjanjian ini dapat dilakukan, antara sektor yang diutamakan adalah sektor perniagaan, pendidikan dan pelancongan antara negara-negara.

Buat masa ini, para duta negara boleh memasuki negara ini namun perlu menjalani SOP yang ditetapkan iaitu melakukan ujian saringan dan dikuarantin selepas tiba ke negara ini.

Namun ada yang mempersoalkan apakah keputusan memberi kelonggaran kepada warga Singapura adalah bijak? Dr Noor Hisham menjelaskan kes tinggi di Singapura adalah melibatkan pekerja asing.

Sumber: The Star

Next Post

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati

Malaysia sememangnya mempunyai tarikan pelancongan yang banyak. Disebabkan itu Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Kali ini kami nak kongsikan kepada anda lokasi dan tempat menarik yang mesti anda kunjung bila anda bercuti di Kelantan. Untuk rujukan anda, kami sertakan sekali tempat-tempat di Kelantan yang pernah […]
Malaysia Pertimbang Kebenaran Rentas 6 Negara Kategori Zon Hijau 2