fbpx

Pelanggan Garuda Indonesia Merungut, Kru Kapal Pakai Pelitup Muka.

Ahmad Suhael

Pemakaian Facemask ataupun pelitup muka telah menjadi satu kewajiban masa kini ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Arahan pemakaian facemask yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) itu seharusnya sudah difahami kepentingannya oleh semua orang.

Namun sebaliknya berlaku kepada Garuda Air di Indonesia. Menurut Jakarta Post, para penumpung merungut dan membuat aduan berkenaan dengan pemakaian facemask oleh pramugari dan pramugara.

Para penumpang yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat melihat wajah pramugari dan pramugara yang bertugas memberikan layanan. Pemakaian facemask dikatakan menimbulkan keraguan layanan yang diberikan anak kapal terhadap mereka ketika memakai pelitup muka.

“Ramai pelanggan Garuda merungut krew penerbangan memakai pelitup muka.

“Ini kerana mereka tidak dapat melihat sama ada krew sedang tersenyum atau sebaliknya”

kata wakil Garuda Irfan Setiaputra seperti dilaporkan Jakarta Post yang memetik kompas.com

Akibat daripada aduan terbabit, pihak Pihak Garuda Air terpaksa mencari alternatif lain untuk menggantikan pemakaian pelitup muka (face mask) dalam kalangan krew penerbangan mereka.

Syarikat penerbangan Indonesia itu mempertimbangkan untuk menggantikan facemask dengan penggunaan faceshield yang lebih telus. Ini membolehkan para penumpang melihat senyuman kru kapal yang memberikan layanan kepada mereka.

Sementara pandangan menggunakan faceshield menggantikan facemask itu diputusan, syarikat terbabit akan terus mewajibkan kru kapalnyay menggunakan pelitup muka dan sarung tangan.

Ini kerana penggunakan facemask adalah termasuk di dalam peraturan yang dikeluarkan oleh kementerian pengangkutan negara itu untuk syarikat terbabit beroperasi.

Baca juga: Emirates Sambung Penerbangan Dari Kuala Lumpur

Sumber: Jakarta Post

Next Post

Malaysia Pertimbang Kebenaran Rentas 6 Negara Kategori Zon Hijau

Ketika ini, rentas negeri telah pun dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) selepas hampir tiga bulan kebebasan itu disekat. Kini kerajaan mula mempertimbangkan rentas negara pula. Negara yang terlibat dalam pertimbangan ini adalah enam negara yang dikategorikan sebagai zon hijau iaitu Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Jepun dan […]
Pelanggan Garuda Indonesia Merungut, Kru Kapal Pakai Pelitup Muka. 2