fbpx

Warga Singapura, Brunei boleh masuk Malaysia, Ini Komen Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ahmad Suhael

Malaysia secara dasarnya bersetuju membenarkan warga Singapura dan Brunei untuk memasuki pintu sempadan negara namun tertakluk kepada keputusan yang dicapai dalam rundingan antara Malaysia dan Singapura.

Ini kerana Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengklasifikasikan Singapura, Brunei, Australia dan New Zealand sebagai negara zon hijau Covid-19.

Namun perkara terbabit masih menjadi perbincangan oleh Wisma Putra bersama Kementerian Luar Singapura pada masa ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran memasuki pintu sempadan negara tanpa perlu memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain menjalani saringan koronavirus (Covid-19) dan kuarantin di rumah adalah sebagai timbal balas Malaysia kepada negara terbabit.

Timbal balas yang dimaksudkan adalah kerajaan Singapura dan kerajaan Brunei juga memberikan kelonggaran yang sama kepada rakyat Malaysia untuk merentas negara mereka tanpa syarat.

Namun, kebenaran untuk masuk ke Malaysia tanpa sekatan hanya diberikan kepada warga Singapura dan Brunei yang menetap di negara masing-masing sahaja.

Tambah beliau lagi, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagaimanapun berhak untuk menahan warga asing yang tinggal lebih masa kerana mereka mempunyai masa yang cukup untuk memperbaharui visa mereka kerana JIM beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bulan lepas.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

Pelanggan Garuda Indonesia Merungut, Kru Kapal Pakai Pelitup Muka.

Pemakaian Facemask ataupun pelitup muka telah menjadi satu kewajiban masa kini ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Arahan pemakaian facemask yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) itu seharusnya sudah difahami kepentingannya oleh semua orang. Namun sebaliknya berlaku kepada Garuda Air di Indonesia. Menurut Jakarta Post, para […]
Warga Singapura, Brunei boleh masuk Malaysia, Ini Komen Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 2