fbpx

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati

Ahmad Suhael

Malaysia sememangnya mempunyai tarikan pelancongan yang banyak. Disebabkan itu Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Kali ini kami nak kongsikan kepada anda lokasi dan tempat menarik yang mesti anda kunjung bila anda bercuti di Kelantan. Untuk rujukan anda, kami sertakan sekali tempat-tempat di Kelantan yang pernah tular di media sosial.

1 – Street Art Medan Ilmu, Kota Bahru

Lukisan mural di dinding-dinding bangunan semakin mendapat perhatian di negara ini. Ia bukan sahaja cantik tetapi ia merupakan satu platform untuk menyampai sesuatu mesej selain melalui kreativiti pelukis.

Selain di Pulau Pinang yang semangnya sudah popular dengan lukisan murah ini. Kelantan juga terdapat lukisan murah yang cantik menggambarkan budaya negeri ini itu. Lokasinya adalah di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. Boleh juga buat carian Jalan Dato Pati di Google Maps untuk ke sini.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 1
Foto via Listikel

2 – Pantai Mek Mas, Kota Bahru

Pantai ini semakin popular selepas tular di laman sosial disebabkan oleh keunikannya daripada pantai-pantai lain. Mempunyai kawasan pantai dan pasir yang berbukit menjadi tarikan untuk orang datang ke sini bagi merasai seperti berada di padang pasir.

Kawasan pasir yang berbukit ini sebenarnya kawasan larangan dan merupakan tapak pembinaan. Pasir yang berbukit dipantai terbabit dikatakan akan digunakan untuk menambak pantai seperti di pantai Klebang Melaka.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 2
Foto via Twitter Mat Travel

3 – Pantai Senok, Bachok

Digelar Pulau Nami kerana kecantikkan pantai dan pokok yang ditanam di situ menyerupai kecantikan Pulau Nami di Korea Selatan. Susunan pokok yang teratur mencantikkan lagi pantai ini. Bezanya dengan Pulau Nami di Korea Selatan hanya tiada salji macam dalam filem Winter Sonata tu.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 3
Foto via Facebook Bachok Is Beautiful

4 – Bazar Karat KB, Kota Bahru

Pasar Karat Kota Bharu terletak di perkarangan Bazar Tuan Padang, Jalan Dato’ Pati dan mula beroperasi sejak 5 April 2018 lagi. Bagi anda yang sukakan kemeriahan waktu malam pastikan anda ke sini!

5 – Lorong Cek Mek Molek, Machang

Lorong Cek Mek Molek terletak di dalam bandar Machang berdekatan dengan KFC Machang and bersebelahan zon Ria. Apa yang menariknya luksian mural di lorong ini adaah usaha pelajar UiTM Machang , Seri Iskandar, Perak dan Shah Alam.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 4
Foto via Harian Metro

6 – Lata Rek, Kg. Chatel, Manik Urai Kuala Krai

Jika datang ke Kuala Krai khasnya ke Dun Manek Urai, jangan lupa singgah di Kg Laloh dan masuk ke Lata Chatel selain Lata Rek untuk menikmati keindahan alam dan menghirup udara segar yang ditawarkan oleh Istana Sangkut.

Istana Sangkut menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk santaian keluarga antaranya ialah chalet penginapan, tapak perkhemahan, kemudahan bbq, jungle trecking, flying fox dan bermacam lagi.

7 – Gua Keris, Dabong

Gua Keris merupakan gua yang berusia 150 juta tahun terletak di Dabong, Kelantan. Di sini terdapat beberapa gua yang berdekatan iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, dan Gua Gelap.

Gua ini dinamakan sebagai Gua Keris disebabkan terdapat satu bongkah batu berbentuk sebilah keris yang seolah-olah terpacak di tingkat satu dan boleh dilihat oleh setiap pendaki apabila tiba di tingkat berkenaan.

8 – Air Terjun Chenulang

Air Terjun Chenulang ini lagi satu air terjun cantik yang tersembunyi di bumi Kelantan. Ianya tersembunyi kerana untuk ke sini bukan mudah seperti hidupkan enjian, masuk parking dan terus bentang tikar. Anda perlu meredah hutan untuk ke sini.

Jadi disebabkan ianya tempat yang sukar didatangi oleh orang awam, pasti kecantikkannya dapat dikekalkan. Berbaloilah dengan penat lelah setelah mendaki dan meredah hutan.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 5
Foto via Facebook

9 – Kampung Lawar , Gunung Reng Jeli

Lada Keding atau lebih popular dikenali sebagai Lata Kashmir ekoran kecantikan rumput hijau seakan akan kehijauan bukit bukau di Kashmir India.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 6
Foto AMD Crew Production

10 – Bunga Rafflesia, Lojing

Umum ketahui Bunga Rafflesia adalah bunga terbesar di dunia. Selain Perak dan Sabah, Kelantan juga merupakan lokasi tepat untuk anda tuju jika ingin melibat bunga ini.

Jika berpeluang, anda boleh mengikuti ekspedisi menjejak Bunga Rafflesia kerana bunga terbesar berkenaan bukan boleh ditemui dengan mudah di merata-rata tempat.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 7
Foto via Harian Metro

11 – Air Terjung Jelawang, Lojing

Air Terjung Jelawang merupakan air terjun yang terletak di dalam Hutan Simpan Negeri Stong. Apa yang menariknya air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 303 meter.

Bagi yang meminati sukan mendaki inilah lokasi yang patut anda jadikan destinasi. Ini kerana untuk ke puncak Gunung Stong, anda akan melepasi banyak air terjun dah salah satunya ialah Air Terjun Jelawang ini disepanjang jalur pendakian.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 8
Foto via Facebook

12 – Masjid Brunei Darussalam, Pasir Mas

Masjid terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kedudukannya berhadapan dengan Danau Tok Uban memberikan permandangan yang cantik dari masjid ini.

Ianya dibina pada tahun 1992 dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada ketika itu. Walaupun sudah lama ianya dibina, tidak ramai ketahui bahawa masjid ini ada kaitan dengan Sultan Brunei. Dan dari situ masjid ini mula popular dan dikenali dikalangan orang luar.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 9
Foto via The Patriots

13 – Guillemard Bridge, Kg Kusial Bharu Tanah Merah

Guillemard Bridge yang mempunyai kepanjangan 600 m ini merupakan jambatan kedua tertua selepas Victoria Bridge di Perak. Ianya diberi nama sempena nama gabenor British ketika itu, Sir Laurence Guillemard. Jambatan ini dibina pada tahun 1920 sehingga 1924 dan dirasmikan pada tahun 1925 oleh Sultan Kelantan ketika itu.

Ianya mula digunakan kembali pada tahun 1948 selepas musnah ketika Perang Dunia Kedua. Namun ianya ditutup untuk kegunaan awam selepas pembinaan jambatan baru yang lebih moden dan selamat pada tahun 1988.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 10
Foto via Instagram @dezuanfranze

14 – Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang

Digelar Masjid Beijing disebabkan oleh reka bentuknya dipengaruhi seni bina dari tanah besar China. Masjid ini dibina pada tahun 2005 dah mula digunakan pada tahun 2009.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 11
Foto via Facebook Kelab Patriotisme Kelantan

15 – Masjid Razaleigh

Digelar Masjidil Haram Kelantan disebabkan oleh reka bentuknya diinspirasi daripada Masjidil Haram sebenar di Mekah. Mula dibina pada akhir tahun 2016 dan dijangka siap pada hujung tahun 2020.

Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 12
Foto via Harian Metro
Next Post

Langkawi SkyCab Tawar Potongan Harga Tiket

Walaupun terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 sebelum ini, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan PKPP telah memberi nafas kepada kebanyakan syarikat pelancongan. Langkawi SkyCab antaranya syarikat yang telah memulakan kembali operasi mereka pada Sabtu lalu. Untuk pengetahuan, Langkawi SkyCab merupakan sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di […]
Apa Yang Menarik Di Kelantan? Ini 15 Senarai Lokasi Viral Dan Rare Untuk Dilawati 14