Langkawi SkyCab Tawar Potongan Harga Tiket

Walaupun terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 sebelum ini, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan PKPP telah memberi nafas kepada kebanyakan syarikat pelancongan.

Langkawi SkyCab antaranya syarikat yang telah memulakan kembali operasi mereka pada Sabtu lalu.

Langkawi SkyCab Tawar Potongan Harga Tiket 2

Untuk pengetahuan, Langkawi SkyCab merupakan sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.

Pembukaannya bagaimanapun kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti terhad empat orang untuk satu gondola, memeriksa suhu badan dan menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung.

“Selain itu hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang,”

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata ketika Majlis Pembukaan Semula Langkawi SkyCab

Pembukaan operasi semula pada hari pertama selepas 94 hari ditutup menyaksikan lebih 100 pengunjung mengambil peluang untuk menaiki sistem kereta kabel itu.

Langkawi SkyCab Tawar Potongan Harga Tiket 3

Hezri menambah lagi bahawa Panorama Langkasi Sdn Bhd (PLSB) juga menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di pulau terbabit.

“Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi juga empat produk lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini,” katanya.

Sumber: Astro AWANI