fbpx

Ibadah Haji Diteruskan Terhad 1000 Jemaah Sahaja

Ahmad Suhael

Arab Saudi mengumumkan ibadah haji boleh diteruskan untuk tahun ini. Namun ianya terhad kepada 1,000 jemaah dari pelbagai negara yang sudah berada di negara berkenaan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Jumlah terbabit adalah paling rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini yang mencatatkan jutaan umat Islam dari seluruh dunia ke tanah suci terbabit.

1,000 jemaah terbabit akan melalui proses pemilihan yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung Julai akan nanti.

Walaupun belum diumumkan syarat-syarat pemilihan, berkemungkinan syarat yang ditetapkan ialah tiada penyakit kronik dan dihadkan di kalangan mereka berusia kurang 65 tahun. Yang pasti mereka yang dipilih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum tiba di Mekah dan perlu dikuarantin selepas ibadah terbabit.

Selari dengan ajaran Islam bagi melindungi nyawa, keputusan itu dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat seperti penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko terkena jangkitan wabak COVID-19.

Sumber:
Astro AWANI
Harian Metro

Next Post

Lokasi Instagrammable Sambil 'OOTD' Di Sekitar Lembah Klang

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan, ramai orang mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negara ekoran larangan merentas negeri telah ditamatkan. Tempat-tempat popular yang cantik di Malaysia pastinya sudah hampir penuh. Jadi jika anda penduduk di sekitar Lembah Klang, apa pilihan lokasi anda untuk bersantai dan mengambil ‘short […]
Ibadah Haji Diteruskan Terhad 1000 Jemaah Sahaja 2