fbpx

4 Negara Ini Termasuk Malaysia Dikategori Negara Selamat Untuk Masuk England

Ahmad Suhael

Pengurangan kes positif dikebanyakan negara membolehkan negara-negara terbabit mengambil keputusan untuk membuka pintu sempadan masing-masing.

England menerusi Kementerian Pengangkutan negara itu mendedahkan 70 negara yang berisiko rendah dibenarkan memasuki negara itu tanpa menjalani proses kuarantin bermula 10 Julai nanti.

Malaysia, Thailand, Singapura dan Vietnam merupakan antara negara-negara Asia Pasifik yang mendapat pengecualian kuarantin terbabit.

Antara negara lain yang dikategorikan sebagai berisiko rendah adalah New Zealand, Australia, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Itali dan Jerman.

Pengecualian ini bagaimanapun tidak terpakai untuk negara yang berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat, Sweden, Mexico, Brazil, Rusia, Iran, India, Pakistan dan Bangladesh.

Sementara itu, Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) negara itu turut mendedahkan senarai negara yang dibenarkan untuk rakyatnya melawat. 

Malaysia merupakan negara Asia Pasifik yang tersenarai bersama-sama dengan Australia, Brunei, Polynesia, Hong Kong, Jepun, Macau, New Zealand, Taiwan, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Wallis & Futuna.

Bagaimanapun, perjalanan rakyatnya tertakluk kepada sekatan kemasukan.

Malaysia ketika ini masih melarang kemasukan warganegara asing kecuali mereka yang memiliki kategori visa menetap dan pas pekerjaan tertentu.

Warga asing yang mendapat kebenaran memasuki Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan diminta untuk mendaftarkan alamat untuk kuarantin diri, serta memuat turun aplikasi MySejahtera, dan memakai gelang tangan.

Sumber: Astro AWANI

Next Post

Trip Palsu Untuk Mereka Yang 'Gian' Sangat Nak Travel

Umum ketahui aktiviti melancong diwaktu wabak COVID 19 belum reda sangat terbatas terutamanya untuk merentas negara. Ini kerana tidak semua negara membuka sempadan untuk membolehkan warga asing memasuki negara mereka. Namun di Taiwan, sekatan terbabit tidak membataskan ketagihan rakyatnya untuk melancong ke luar negara. Di Taiwan, Lapangan Terbang Songshan di […]
4 Negara Ini Termasuk Malaysia Dikategori Negara Selamat Untuk Masuk England 2