fbpx

Ini Tiga Jenis Bagasi Yang Dibenarkan Di Dalam Kabin AirAsia

Ahmad Suhael 1

Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.

Kekeliruan terbabit timbul disebabkan pelanggan terbabit dilhalang dari membawa beg bagasinya untuk memasuki ruang kabin kapal terbang AirAsia sedangkan beg bagasi yang dibawanya adalah saiz yang dibolehkan sebelum ini.

Ini Tiga Jenis Bagasi Yang Dibenarkan Di Dalam Kabin AirAsia 1
Bagasi yang dibolehkan sebelum perlaksanaan Polisi Perjarakan Sosial Bagasi Kabin

Untuk pengetahuan anda, melalui Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin AirAsia yang diperkenalkan sejak April lalu hanya membenarkan salah satu sahaja daripada tiga jenis bagasi kabin bagi setiap penumpang.

Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.

Ini Tiga Jenis Bagasi Yang Dibenarkan Di Dalam Kabin AirAsia 2
Salah satu daripada tiga jenis bagasi yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin AirAsia.

Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:

i) Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)

ii) Tidak boleh melebihi berat 7kg

iii) Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.

Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.

Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini. 

KEMASKINI: AirAsia membenarkan kembali 2 bagasi di bawa ke dalam kabin pesawat. Termasuk beg troli.

Sumber: Astro AWANI

One thought on “Ini Tiga Jenis Bagasi Yang Dibenarkan Di Dalam Kabin AirAsia

Comments are closed.

Next Post

AirAsia Benarkan 2 Beg Kabin, Beg Troli Dibenarkan Dengan Syarat

Sejak April lalu di dalam Polisi Perjarakan Sosial Bagasi Kabin AirAsia, syarikat terbabit hanya membenarkan penumpang membawa 1 beg kabin untuk diletakkan di ruang bawah tempat duduk. Kategori beg yang dibenarkan pula tidak termasuk beg troli. Terbaharu, polisi terbabit telah dikemas kini dengan membenarkan penumpang membawa 2 beg kabin dengan […]
Ini Tiga Jenis Bagasi Yang Dibenarkan Di Dalam Kabin AirAsia 4