Umum ketahui aktiviti melancong diwaktu wabak COVID 19 belum reda sangat terbatas terutamanya untuk merentas negara. Ini kerana tidak semua negara membuka sempadan untuk membolehkan warga asing memasuki negara mereka.
Namun di Taiwan, sekatan terbabit tidak membataskan ketagihan rakyatnya untuk melancong ke luar negara.
Di Taiwan, Lapangan Terbang Songshan di Downtown Taipei menawarkan peluang untuk rakyatnya merasai semula pengalaman dan trip mendaftar masuk, cop passport, pemeriksaan sekuriti malah naik kapal terbang. Tetapi anda tidak akan terbang ke mana-mana pun.
‘Trip palsu’ terbabit yang dibuka pada 2 Julai lepas telah pun mendapat 7000 permohonan. Bagaimanapun, hanya 60 orang dipilih secara rawak daripada jumlah terbabit.
Mereka yang terpilih akan diberikan boarding pass dan kemudian akan melalui pos sekuriti dan imigresen untuk pemeriksaan sebelum menaiki pesawat Airbus A330 milik China Airlines, yang merupakan pesawat pengangkut terbesar di Taiwan.
‘Trip palsu’ tersebut sebenarnya adalah salah satu cara untuk menunjukkan kepada rakyatnya khusus kepada mereka yang selalu menggunakan kemudahan lapangan terbang tentang perubahan yang dilakukan.
Selain itu ianya merupakan satu initiatif bagi menunjukkan kepada mereka langkah pencegahan koronavirus yang dilaksanankan di lapangan terbabit.
Sejak Covid-19 melanda awal tahun ini, operasi penerbangan di negara tersebut dikatakan telah menjunam sebanyak 64% dalam tempoh lima bulan pertama 2020.
Sumber: Channel News Asia