fbpx

262 Juruterbang Palsu, Eropah Gantung Pakistan International Airlines

Ahmad Suhael

Pada 22 Mei lalu, pesawat PIA dilaporkan terhempas di sebuah kawasan perumahan ketika menghampiri lapangan terbang Karachi mengakibatkan 97 penumpang kehilangan nyawa manakala hanya dua penumpang terselamat dalam nahas terbabit.

Siasatan lanjut ke atas kemalangan terbabit mendapati nahas pesawat PIA PK8303 berpunca daripada kesilapan juruterbang dan menara kawalan.

Siasatan yang dilakukan itu juga telah mendedahkan hampir separuh juruterbang di Pakistan menggunakan lesen penerbangan palsu termasuk empat juruterbang PIA seperti dilaporkan media Pakistan.

Menerusi laporan Gulf News, seramai 262 juruterbang menipu dengan tidak menghadiri ujian atau meminta individu lain menggantikan mereka.

Malah ada antara mereka yang tidak mempunyai pengalaman penerbangan, dipilih atas dasar politik tanpa kelayakan yang sah dan ada yang memalsukan sijil ijazah sarjana muda.

Menurut Menteri Penerbangan, Ghulam Sarwar, 40 peratus juruterbang palsu itu termasuk mereka yang ‘tidak aktif’ dalam penerbangan.

Tambahnya, kementerian sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada 54 juruterbang bagi menjelaskan kedudukan sebenar kelayakan mereka.

Untuk rekod, Pakistan mempunyai seramai 860 juruterbang aktif termasuk di PIA, Serene Air dan Air Blue.

Berikutan daripada pendedahan pemalsuan lesen penerbangan ini, Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) menggantung operasi Pakistan International Airlines (PIA) di Eropah selama enam bulan.

Pendedahan ini membuatkan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengambil keputusan untuk merombak semula pentadbiran PIA dan lembaga pengarahnya.

Sumber: Harian Metro, Harian Metro

Next Post

Pawagam Pertama Asingkan Tempat Duduk Lelaki Dan Perempuan Di Terengganu

Menonton wayang merupakan aktiviti santai yang tidak asing lagi di Malaysia. Ini kerana aktiviti ini sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Namun, ada segelintir orang terutamanya pasangan yang belum berkahwin menjadikan pawagam sebagai tempat untuk membuat perkara yang ‘mencurigakan’ bersama pasangan tidak halal mereka. Terbaharu, initiatif […]
262 Juruterbang Palsu, Eropah Gantung Pakistan International Airlines 2